JPAM Johor bantu kenderaan semasa raya
Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~
JOHOR BAHRU – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor melancarkan “Ops Bantu 1” bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami kesulitan ketika dalam perjalanan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung masing-masing.
Pengarahnya, Kol. (PA) Ghazali Abdul Rahman berkata, seramai 48 pegawai dan anggota JPAM Johor di daerah Johor Bahru, Muar, Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Kluang akan terlibat dalam operasi itu.
“Antara tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang “Ops Bantu 1” ialah menukar tayar yang pancit, membantu menolak kenderaan rosak ke tepi jalan dan tugas-tugas lain yang dirasakan dapat membantu pengguna jalan raya sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat,” katanya. – Bernama
kredit : kosmo.com.my










