Jumpa Buaya Kasi Salam

July 22, 2011 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


http://3.bp.blogspot.com/_QJlDVbD-xYg/S-sqFBL1bQI/AAAAAAAAANQ/eOpG_HwsA8k/s1600/american-crocodile-emerging-water.jpg

dari laporan hmetro,

SARATOK: “Selepas memberi ‘salam’, buaya yang mempunyai sepasang mata sebesar bola tenis itu terus beredar meninggalkan saya,” kata seorang nelayan yang pernah bertembung dengan seekor buaya ketika memasang pukat di Sungai Sebelak, kira-kira dua bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Ibrahim Sebeli, 52, turun berseorangan untuk memasang pukat di sungai berkenaan yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya di Kampung Emplam, di sini.

Menurut Ibrahim yang sudah 30 tahun menjadi nelayan, buaya itu dikatakan muncul pada jarak kira-kira empat meter di depannya ketika memasang pukat untuk menangkap udang. “Ketika itu saya terasa seperti ada sesuatu yang besar muncul secara perlahan-lahan di permukaan air dan bagi mendapatkan kepastian kehadiran objek itu, saya menyuluh menggunakan lampu dan ketika itulah ternampak sepasang mata merah sebesar bola tenis di depan saya.

“Menyedari objek itu buaya, saya menenangkan diri dan tidak melakukan pergerakan dan bersyukur reptilia itu tidak menyerang selepas memberi salam serta ‘memujuknya’ supaya tidak mengganggu saya,” katanya ketika ditemui.

BHO Blog – wooh.. sebesar bola tennis tu. :8

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Mystery

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Md.Hatar says:

    Mungkin ini antara petua Pawang Buaya ….

Leave a Reply