Jururawat diugut teman lelaki sebar gambar intim

February 27, 2009 | By | 5 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Seorang jururawat yang ingin memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya tidak mampu berbuat apa- apa kecuali menurut ‘kemahuan’ lelaki itu kerana diugut untuk disebarkan gambar intim mereka.

Ekoran daripada itu, mangsa yang berusia 20-an terpaksa menderita dan menjadi ‘hamba’ kepada suspek sejak tiga tahun lalu.

Akibat tidak tahan menanggung seksa itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini semalam.

Difahamkan, suspek mengugut menyebarkan gambar intim dan peribadi mangsa yang diambil ketika bercuti bersama di sebuah negeri di pantai timur penghujung tahun 2007.

Mangsa pula dikatakan bertindak memutuskan hubungan mereka awal tahun ini kerana tidak tahan dengan sikap panas baran suspek itu.

Tindakan suspek menyebabkan mangsa mengalami gangguan perasaan dan terpaksa menurut segala kemahuan bekas teman lelakinya itu sehingga mengganggu prestasi kerjanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Dalam laporannya, mangsa merasa bimbang gambar-gambar peribadi disebarkan selain takut sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Jenayah, Tempatan

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. sabali says:

    jangan takut untuk meminta bantuan kepada pihak yang berkenaan sebelum perkara buruk terjadi kepada kita.jangan beri muka kepada orang yang melakonkan ‘penjahat’.'penjahat’ mesti dihapuskan di muka bumi ini.:(

  2. ruslan razak says:

     
     
    dah terantuk br trasa.maaf klu i ckp.wanita skrg ni tk mikir pnjang.tau nk enjoy je.tk pkir padahnya. i syor kn kpd mangsa @ pn pembaca.tambah ilmu d dada.jgn dk syok sgt dgn berehi setan tu.opps sori.

  3. biah87 says:

    oops… baik ckp ckit ar!… jgn p’slhkan 100% wanita je… sbb lelaki pun apa kureng nya?… kalo nak buat maksiat tu bukan pompuan sorang yng tnggung azab nya… jdi kalo nak ikutkan pda sorang yng b’ckp kat atas ni, parah la pada wanita2x di luar sna tu…. sbb lelaki ni biasa nya manis b’kata2x.. ehemm……:?

  4. Ma'ah says:

    Salam. sudah lumrah berpasangan, pasangan begini bila ditegur, ‘ engkau sapa’ kononnya sedang berbahagia.
    Apa bila jadi kes, diminta kongsi masallah. Yang jelas bukan muhrim.. Anda perlu mengadu kepada yg berwajib.

  5. Zul says:

    Perempuan tu pun memang salah. Belum kawen pun dah buat project dengan bf. Lepas tu siap ambik gambar lagi. Dalam islam kedua-duanya bersalah dan perlu dihukum agar menjadi teladan kepada perempuan islam yang lain di luar sana bahawa bersekedudukan sebelum kawen adalah salah. Perbuatan mencegah itu lebih baik dari menghukum.

  6. farzshinzo says:

    salah tetap salah , sape suh buat projek klau da dpat pkir ape yg akn terjadi lpas tu.. pompuan tu pon same nk malu ape agi ?? ngangkang ngn bf xmalu pulak..

Leave a Reply