
Nicol dan Zulfadli harus dijadikan contoh bagi atlit yang lain.
TAN Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David (atas) kerana merangkul gelaran Juara Terbuka Dunia buat kali keenam berturut-turut dan pemain badminton remaja, Zulfadli Zulkiffli yang menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia, kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, dalam satu kenyataan turut melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan dua wira negara itu dan berharap kejayaan mereka menjadi pencetus kepada lebih banyak kemenangan atlit negara dalam pelbagai kejohanan. “Saya pasti rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan wira dan wirawati sukan negara itu. Tentunya kemenangan ini tidak mudah dicapai tanpa usaha gigih, latihan berterusan, kecekalan jiwa dan kesabaran yang terpaksa dilalui Nicol serta Zulfadli.
“Tidak dilupakan juga kejuaraan mereka dimungkinkan berkat dorongan serta doa ahli keluarga, jurulatih, pengurus pasukan dan semestinya semua peminat sukan negara.
“Saya berdoa kejayaan Nicol dan Zulfadli menjadi pencetus kepada lebih banyak kemenangan bakal dicipta ahli sukan negara dalam mana-mana pertandingan. Semoga Jalur Gemilang terus berkibar di persada antarabangsa,” katanya.

Nicol melakar sejarah baru skuasy wanita dunia apabila merangkul gelaran Terbuka Dunia untuk kali keenam berturut-turut di Rotterdam, Belanda, sekali gus meleburkan rekod lima kali yang dipegang legenda Australia, Sarah Fitzgerald sejak 2002.
Kejayaan Nicol dituruti Zulfadli pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taipei, Taiwan, kelmarin apabila menewaskan pilihan utama dan juara bertahan, Viktor Axelsen dari Denmark, 21-18, 9-21, 21-19 untuk mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama menjuarai acara perseorangan lelaki di kejohanan berkenaan.
credit: bharian.com.my
————————————————————————————————————————
Sudah terbukti rakyat Malaysia mampu bersain di persada antarbangsa dan menang. Anda pula?
Carian BHO
- wira negara yang saya kagumi
- contoh karangan wira sukan negara
- contoh karangan wira negara dato lee chong wei
- nasihat nicol ann david kepada remaja
- bakal negara wanita
- artikel dato nicol ann david
- ahli sukan malaysia
- nasihat dato lee chong wei kepada remaja
- kejayaan malaysia dalam sukan
- berita abdmiton
- berita harian bam akan turun kombinasi terbaik
- senarai nama ahli sukan negara
- surat khabar nicol david ratu
- zulfadli
- berita badmnton
- berita badminton india super series 2012
- zulfadhli juara badminton
- Ahli Sukan
- nasihat nicol kepada remaja
- nasihat pemain badminton kepada remaja
- pemain remaja badminton malaysia keempat 2012
- rekod kejayaan nicol david memenangi kejohanan terbuka dunia skuasy berturut-turut
- siapa kah mencipta permainan badminton
- syafiq badminton berita harian popular
- terbuka dunia nicol ann david
- zulfadli pencapaian
- www tonton badminton
- zulfadhli pemain badminton
- senarai pencapaian zulfadli zulkifli
- nasihat kepada remaja dari nicol david
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Kejohanan Badminton Remaja Dunia: Zulfadli Zulkifli Julang Kemenangan di Taiwan
- Nicol raih juara lagi
- Nicol buka tirai dengan kekalahan
- ‘Nicol David’ bakal dirasmi
- Nicol mahu pertahan gelaran
- Nicol tiada tandingan
- Skuasy: Nicol, Jenny bakal berentap dalam kejohanan Terbuka Dunia
- Misi Nicol rampas gelaran
- Badminton: Kejuaraan Remaja Asia, peluang Zulfadli Zulkifli
- Nicol hanya selangkah