Kamera Google rakam pasangan berpelukan

June 9, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



GAMBAR laman web peta jalan raya Google
menunjukkan satu pasangan (dalam bulatan) berpelukan di Wombourne, England baru-baru ini.

WOMBOURNE, England – Sepasang remaja di Britain tidak menyedari aksi mereka berpelukan di sebuah laman rumah di sini dirakamkan oleh kamera peta jalan raya Google di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

‘Wayang percuma’ pasangan itu ditonton oleh seorang pembeli rumah, Matt Griffiths, 27, yang kebetulan melayari laman web peta jalan raya Google untuk meninjau kawasan kediaman di kawasan tersebut baru-baru ini.

Semasa kejadian, pasangan muda itu tidak menyedari bahawa aksi panas mereka sedang berpelukan dan bercium dirakamkan kamera Google pada sebuah kereta yang melalui tempat tersebut.

Insiden memalukan itu bukan kali pertama dapat ditonton di laman web berkenaan kerana sebelum ini aksi orang awam sedang kencing di tepi jalan pernah dirakamkan oleh kamera berkenaan.

Aksi seorang tua sedang mengecat pintu belakang rumahnya dalam keadaan separuh bogel juga pernah dirakamkan oleh kamera Google. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Luar Negara, Unik

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply