Kamera litar tertutup ‘tangkap’ pencuri susu

November 4, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


TEMERLOH – Seorang peniaga farmasi di Jalan Tengku Bakar di sini tidak menyangka tindakan empat wanita India yang bertanya harga barangan dalam kedainya bukan untuk membeli sebaliknya untuk mencuri.

Peniaga terbabit, Chong Shan Tat, 68, berkata, dia hanya menyedari kejadian selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premisnya.

Menurutnya, dalam kejadian jam kira-kira jam 2 petang 28 Oktober lalu itu, keempat-empat wanita India berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun masuk ke premisnya dan berpura-pura bertanyakan barangan keapda isterinya.

“Salah seorang wanita berkenaan bercakap dengan isteri saya dan berpura-pura bertanya harga barangan.

“Tiga lagi wanita terbabit dengan pantas mengambil tiga tin susu formular bayi dari atas rak dan menyembunyikannya dalam kain yang dipakai mereka,” katanya kepada wartawan semalam.

Shan Tat berkata, pada mulanya dia tidak sedar tindakan keempat-empat wanita berkenaan tetapi mengesyaki sesuatu dan terus memeriksa CCTV yang dipasang di kedainya.

Shan Tat berkata, kejadian berkenaan adalah yang kedua, dan dia mengesyaki keempat-empat wanita berkenaan juga suspek kejadian pertama.

Menurutnya, dia hanya mengalami kerugian bernilai RM63.80. Namun apa yang dibimbangi kejadian berkenaan akan berlaku di premis lain jika peniaga tidak berhati-hati.

Shan Tat menasihati peniaga premis di bandar ini memasang CCTV supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Kalau ada CCTV pencuri tak berani masuk, dan jika berlaku kecurian sekalipun kita boleh lihat rakaman,” katanya.

Shan Tat kemudian membuat laporan polis selepas kejadian.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Berita

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply