Kanak-kanak maut dihempap pokok


Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dihempap sebatang pokok kelapa di halaman rumahnya di kampung Lada, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, Nurshuhada Azman dikatakan berada kira-kira dua meter daripada tangga rumahnya.

Lebih menyayat hati, kejadian itu turut disaksikan ibu kanak-kanak berkenaan dan adik beradiknya yang lain.

Bapa kanak-kanak itu, Azman Zainuddin, 41, berkata pokok kelapa setinggi 15 meter itu tumbang secara tiba-tiba dan menghempap anak bongsunya itu.

“Saya yang berada di luar ketika kejadian terus bergegas ke Hospital Jerantut selepas dimaklumkan kejadian itu. Anak saya pada mulanya duduk di tangga rumah bersama adik beradik yang lain tetapi ketika dia beredar ke halaman rumah, pokok kelapa setinggi kira-kira 15 meter itu tumbang dan menghempapnya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian berkenaan berlaku begitu pantas dan pokok kelapa itu tumbang secara tiba-tiba tanpa sebarang angin kencang.

“Saya redha dengan ketentuan takdir Allah yang menimpa anak bongsu saya ini.

Pihak hospital mengesahkan anak saya meninggal akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya sebak.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lada, pada pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Bernama

 

BHO Blog - Ini adalah kemalangan yang tidak dapat dielakkan, Allah lebih mengetahui segalanya.

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Maut dihempap pokok kelapa
  2. Maut dihempap pokok tumbang
  3. Nyaris maut dihempap pokok
  4. Nyaris dihempap pokok
  5. 2 kereta dihempap pokok
  6. Nyaris maut pokok kelapa hempap rumah
  7. Dapur dihempap pokok kelapa
  8. Dua nyaris dihempap pokok
  9. 2 siswa dihempap pokok
  10. Pokok tumbang hempap rumah

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah