Kanak-kanak perempuan cedera ringan selepas dilanggar kereta


Budak tu makan ape?


SEJUMLAH orang bertindak mengangkat sebuah kereta yang melanggar seorang kanak-kanak perempuan di Wenzou, China dalam usaha untuk menyelamatkannya.

WENZOU, China – Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.

Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.

Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.

Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.

Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.

Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. – Agensi

credit: CG Forum
—————————————————————————————————


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Kereta putus dua, pemandu hanya cedera ringan
  2. Honda lesap selepas dilanggar
  3. Wanita dilanggar, dirompak
  4. Cedera dilanggar ketika berpiket
  5. Peragut maut, rakan cedera dilanggar saksi
  6. Lelaki mengamuk kereta dilanggar
  7. Merapi pisahkan kanak-kanak dengan ibu bapa
  8. Kanak-kanak 3 tahun seberat 63.50kg
  9. Bas Mini Untuk 9 Penumpang Bawa 64 Kanak-Kanak Kemalangan
  10. Pelajar perempuan hilang selepas pergi sekolah