Kapal keluli runtuhan WTC mula belayar

NEW YORK 14 Okt. – Kapal yang dibina dengan keluli yang dikumpulkan daripada runtuhan bangunan Pusat Dagangan Dunia di sini memulakan pelayarannya semalam.
Beratus-ratus orang berkumpul di tebing sungai Mississippi berhampiran New Orleans ketika USS New York belayar menerusi kabus tebal, lapor media tempatan.
Bahagian depan kapal tersebut mengandungi 7.5 tan keluli daripada sisa runtuhan bangunan tersebut yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001.
“Keluli lebih banyak digunakan berbanding logam,” kata datuk bandar Gretna, Louisiana, Ronnie Harris kepada stesen berita tempatan, Fox News.
Menurut seorang pegawai tentera laut, kapal sepanjang 208 meter itu dibina untuk tujuan pengangkutan dan mengatur pertempuran serta elemen sokongan untuk unit-unit tentera marin.
Ia boleh membawa kira-kira 720 tentera serta membawa helikopter serta pesawat di geladaknya yang besar.
Dua lagi kapal, Arlington dan Somerset yang turut dibina daripada runtuhan bangunan tersebut kini dalam pembinaan bagi memperingati mangsa yang terbunuh dalam serangan ke atas bangunan pusat dagangan itu, Pentagon dan United Flight 93 pada 11 September 2001. – AFP
kredit ~ carigold.com eboss
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Agama, Berita, Luar Negara, Sejarah, Unik, Warning








ini namanya kapal balas dendam..
bukan balas dendam. tp dia tahu menghargai sesuatu….bodo
betul 2..dari sifat mnghargai 2 la dia akan ‘sumbangkan’ sesuatu yg ‘BERHARGA’ utk kta semua sbgi tnda appreciate… bodo2x
yang bodohnya kita bangsa yang tak sedar diri….orang tu buat untuk menindas anak cucu kita pada masa akan datang tanpa kita sedari….
kalu tahu awl2 takpe……..
TAHU XPE… sebenarnya ad maksod nape kapal 2 d buat.sengal.