Kapal tentera Korea Selatan karam

March 27, 2010 | By | 2 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



SEORANG wanita di Seoul melihat siaran berita mengenai kapal tentera Korea Selatan karam dibedil torpedo di Laut Kuning semalam.


SEOUL – Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang membawa lebih 100 krew tenggelam semalam selepas disyaki terkena tembakan torpedo jirannya, Korea Utara.

Seorang pegawai tentera Korea Selatan berkata, operasi menyelamat telah dilakukan tetapi ramai kelasi dikhuatiri terbunuh.

Pihak berkuasa memberitahu, kapal peronda itu mula karam sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan di Laut Kuning.

Ketika kejadian, kapal berkenaan membalas tembakan ke arah sebuah kapal yang tidak dikenal pasti ke arah Korea Utara.

Susulan insiden itu, pemeritah Korea Selatan mengadakan satu mesyuarat tergempar melibatkan menteri pertahanan dan keselamatan bagi membincangkan tindakan lanjut. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Luar Negara

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. admin says:

    Huih, bahaya ni. Entah2 boleh jadi perang lak. :o

  2. anak melayu says:

    :mrgreen: lain kali tembaklah kapal perang korea utara lagi….dalam masa 3 tahun ni,korea selatan telah menenggelamkan paling kurang 2 bot peronda tentera korea utara. bila dah kena pada tentera sendiri,baru tahu .janganlah ingat kapal perang korea selatan tu canggih sangat. :mrgreen:

Leave a Reply