Syabu dadah ni membunuh, tapi kalau syabu-syabu tu best jugak…..

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 15 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.5 juta yang diseludup melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu lalu.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata kejayaan itu diperoleh apabila anggotanya menahan kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 24 tahun membawa tiga kotak berisi dadah berkenaan, jam 10 malam. “Kotak yang dibawa dari China itu diisytiharkan sebagai alat pembesar suara tetapi apabila dibuka terdapat amplifier dan dalamnya ada paket berisi syabu.
“Perkara ini sangat membimbangkan kerana gejala penyeludupan tidak lagi terhad kepada penumpang yang menaiki pesawat tetapi sudah berubah menggunakan kargo,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, penahanan lelaki terbabit membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki berusia antara 23 hingga 51 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.
Govinden berkata, pihaknya juga merampas tiga kilogram dadah RM750,000 selepas menahan seorang penumpang lelaki warga India yang menyembunyikan dadah itu dalam tiga keping alas kaki yang dibawa dalam beg galasnya.
Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan jam 7.45 pagi, Isnin lalu hasil pemantauan dan penilaian risiko terhadap penumpang terutama membabitkan penerbangan dari India.
“Lelaki berkenaan menaiki pesawat dari Chennai ke Delhi, India dan seterusnya ke Kuala Lumpur untuk mengaburi pihak berkuasa. Mengikut data diperoleh, suspek sudah memasuki negara ini tujuh kali,” katanya.
Di MELAKA TENGAH, KDRM Melaka melupuskan pelbagai barangan rampasan lucut hak RM2.93 juta yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan sepanjang tahun lalu dan tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Said, berkata barangan itu merangkumi rokok haram pelbagai jenama seberat 24,367kg bernilai RM2.60 juta dengan nilai cukai RM10.82 juta dan minuman keras 30,698 liter bernilai RM163,661.79 dengan jumlah cukai RM429,030.81.
Selain itu, katanya, 2719.90kg mercun dan bunga api bernilai RM78,194 dengan jumlah cukai RM53,602.30 serta 325 batang kayu balak bernilai RM9,002.50.
“Turut dilupuskan 20 kenderaan bernilai RM75,000 dengan cukai RM118,050 dan 9,195 cakera padat video serta cakera padat digital dengan nilai RM9,195 bersama cukai RM11,953.50,” katanya pada sidang media di Bukit Katil, semalam.
credit: bharian.com.my
—————————————————————————————————

syabu-syabu ni best jugak…..
Carian BHO
- alat syabu
- penangkapan dadah berita harian
- kastam rampas dadah 5 juta
- klia pusat pengedaran dadah
- kastam di lapangan terbang
- kastam tahan produa viva bawa dadah
- syabu best
- kenderaan hak lucut kastam 2012
- akta dadah berbahaya 39b
- kastam malaysia
- jkdm klia
- Datuk M Govinden
- akta dadah syabu
- telan syabu 1juta
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Kastam rampas dadah RM46 juta
- Syabu RM3.5 juta dirampas
- Rampas syabu RM17.9j
- Polis Bukit Aman rampas syabu bernilai RM20j
- Wanita Afrika bawa syabu RM2 juta ditahan
- Polis tumpas sindiket pengedaran syabu
- Pelajar antara ditahan edar syabu
- Adik-beradik syabu
- Syabu seluar dalam
- Kastam Selangor rampas gading RM3j