Kebenaran Detox Foot Patch

December 20, 2010 | By | 17 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


http://4.bp.blogspot.com/_LWHdp3dytHk/S_odCZJW5II/AAAAAAAAACQ/9XcLQ37rp44/s1600/62656250_1-Gambar-DETOX-FOOT-PATCH.jpg
Assalamu’alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama “curious” pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking ‘ell! It’s just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri – tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK… cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal – jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb… bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.

Ini produknya – tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi-baloi tu!

Dalam kantung ni ada herba yang macam-macam, yang akan menyerap toksin tu sume. Yahoo!

Dia bagi satu pelekat, dan patch tu ko lekatkan kat situ.

Ini cawan anak aku, kadang-kadang dia minum ribena. Kadang-kadang dia minum air mineral. Aku isi air suam (bukan mendidih, tapi air suam – hangat-hangat macam badan manusia gitu).
So I put the dang thing on top…. like so.

5 minit lepas tu… Waaaaah! Banyaknya toksin dalam air suam tu!!!


Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu – ada mala’un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari… demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak – udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Tempatan, Tips, Warning

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (17)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mustafa kamal says:

    Hmmmm, at the first time I ada gak wat uji kaji ni, tetapi at least selepas I guna benda ni sakit lutut dan sakit tapak kaki I dah hilang. sebelum ni dah bermacam ubat I try, tak mujarab pun, bukan itu sahaja, I sebagai org yg kuat merokok telah hilang rasa penat diwaktu malam mungkin kerana fo0t patch atau ape-ape ntah I pun tak tahu, but so far ramai dari rakan I yang menggunakan benda yang sama rasa banyak perubahan dlm diri.

  2. hakimi says:

    siapa lah melayu bengap sangat ni?

    awak ni lagi lah melayu ketinggalan zaman..

    klu awak berani, sy cabar awak pergi saman media sebab keluarkan kenyataan mengenai keberkesanan foot detox ni.

    engko berani x?  dan pergi saman juga KKM sebab mmg dah ada foot detox ni yang telah pun didaftarkan ke dalam Kementerian Kesihatan Malaysia

    engko berani? aku cabar engko!!!!!

    dah saman tu, sebar luas2 kat media, biar seluruh malaysia ni tahu, betul ke tidak  foot detox ni…

    pergi lah saman

    aku nak tengok engko keluar kat TV, buat kenyatan bahawasanya foot detox ni tipu…

    aku cabar engko, mala’un

    • hamba Nya says:

      rileks bang, tak payah marah2..kat youtube dah banyak kajian dari USA bagitau detox nie 100% tipu. semua faedah yang dinyatakan adalah tipu… tak caya gi check sendiri. tentang saman menyaman tu tak sempat nak kaji…tapi kalau company tu pun datang dari China yang guna alamat tak wujud nak saman mcmana???

  3. biah87 says:

    Foot detox ni sya pun ada beli (RM15.00), sya beli kat KFC  kbtulan ada promoter kat c2 yng mngatakan Foot Detox ni mampu menghilangkan toksin badan, sya pun try la…. maybe a week later sya dpt baca di internet bahawa foot detox ni x bekesan, dan hanya tipu penjual nya aje… so smape hari ni foot detox sya masih ada gi kat umah… sya tak pake sdh, cuma yng pelik nya KFC ni sebuah fast food yng terkemuka, mcm mna dorang boleh promote kat c2 ya, barang tipu mcm ni?…. cuma sya tak psti juga la betul ke foot detox atau tak?… anybody out there can give some information regarding this foot detox (THE THRUTH INFORMATION)….PLZZ… TQ…..

  4. ayu says:

    hye…maybe ade yg berpikiran cetek yang mengatakan foot patch ini tipu semata2…konsep yg digunakan untuk buang toksin adalah same spti letak di atas cawan berisi air panas..wap2 yg terhasil membuatkan patch itu menjadi hitam..sama seperti memakai di tapak kaki di mana foot patch ni menarik air2 dr tubuh badan untuk menyingkirkan toksin….toksin yg di singkirkan itu keluar melalui air peluh.beza nye tampal di tapak kaki hitam yg terhasil seakan2 hitam berminyak dan berlendir,yakni segala2 kotor2an dlm bdn kite yg telah ditarik keluar.ramai yg tlh mencuba dan foot patch ni mampu untk menghilangkan sakit2 sendi,pening2 kepala dan sbgainya…bukan semua itu tipu semata2…xbaik buat tuduhan tnpa usul periksa…pikir konsep foot patch ni secara saintifiknya bukan sekadar sesedap mulut untk berbicara…wallahuallam…sekian

  5. wanita_biasa says:

    aku bukan sape2..cuma nak share pengalaman. dulu aku pun antara pelanggan setia..setelah beberapa lama..aku rasa macam kene tipu jek..asik hitam je pelekat tu..
    pastu aku bandingkan dengan pelekat yang mahal (yg jual kat watson, produk jepun)..aku pakai mula2 hitam..tapi selepas beberapa hari pelekat tu dh tak hitam sangat..menunjukkan toxin yang berkurang..
    untuk pengetahuan semua, foot detox patch yang murah2 ni cuba meniru produk jepun td tapi terkantoi dengan hasilnya sendiri..takkan la banyak sangat toxin yang boleh dia serap..sampai tiap malam pun hitam pekat bak air kopi..dia akan bertindak apabila terdapat peluh yang terdiri daripada campuran air,garam, asid amino, asid laktik, asid askorbik. ataupun dlm bahasa melayunya..peluh sememangnye ada air dan minyak.. jika anda berpeluh,cuba perati dibelakang leher anda..huh! air+minyak+daki! yaik!!  so, jgn le dibanggakan sgt bile pelekat tu hitam berminyak2!
    tentang testimoni org ramai..sy langsung xheran..bg sy itu semua psikologi yang terpengaruh dengan kehitaman patch itu sendiri..rasa dh tak sakit kepala.rasa macam ringan je badan..huh! cuba timbang tengok! psikologi adalah antara ubat yang paling mujarab dlm dunia ni. cthnya, seorang yang sakit tetapi diyakinkan oleh 100 org dengan kata2 ‘wah! ko nampak sihat la!’ atau pun “berseri2 je ko  ni..’ ataupun ‘bertenaga sungguh ko sekarang ni’.. akhirnya..sakit td hilang (insyaAllah..)
    apapun, terpulanglah..sy dh ckp td..sy cuma nak share pengalaman je..

  6. zahar says:

    ya betul,,mmng ad tiruan,, kalu dh sebulan pkai same je hitam mknnya tiruan,,produk ori akan pudar wrna hitam tak lebih dalam masa seminngu…

    • abg asri says:

      Bandingkan dengan yang mahal, for sure mahal kandungan nyer lebih aktif. So, if berduit guna yang mahal, kuasa sedutan kuat. jika nak jimat leh beli yang murah.

  7. kak fia says:

    Assalamualaikum…pada pendapat akak benda tiruan ni ada di mana-mana dan untuk semua perkara pun ada betul dan tidaknya…cuma akak dah pakai detox ni macam2 ler dari yang white sampai gold…Alhamdulillah kesannya memang buat baik untuk kami sekeluarga…akak dah guna lebih dari sebulan…kaler pada asal memang hitam berkilat/berminyak/berlendir dan yang sewaktu dengannya…seminggu lepas tu yang lendir/minyak dll mulai hilang cuma masih hitam…kemudian yang hitam pun mulai kurang ada pula keluar tompok2 putih akak baca2 risalah kata parasit…tak tau ler betul ker tak…lepas pakai hampir sebulan hitam mulai pudar tapi akak rasa tak tukar jadi putih…kecuali kita berkurung dalam balang maksud akak bebas dari pencemaran…secara logiknya badan kita setiap terdedah kepada pencemaran jadi kena akurlah bahawa detox tu tak akan tukar kepada warna putih…hanya bayi baru lahir sahaja boleh dikatakan bersih dari segala-galanya….Wallahuallam bissawab…sekian pandangan dari akak….:D

  8. syahfahmi says:

    takpayah lah nk ttp periuk nasi org… apa2 produk pun ada tiruanya.. jgn kita pandai buat rumusan sndri….  atas kelulus dan disokong oleh siapa hujah2 awk tu? sdangkan produk jun gong dilulus kn oleh KKM…  baca habis2 dulu baru keluarkan statement saudara…

  9. mus says:

    ok org2 melayu sume jgn gado2, bace artikel ni. kalu tak faham guna google translator. terpulang pd diri masing2 nk pecaya ke idok

    http://www.livestrong.com/article/315335-how-does-a-detoxification-foot-patch-work/

  10. Produk tipu? says:

    Pakai sendiri, rasa dulu la..
    setakat cuba kt cawan, letak pad pun boleh..
    apa la ko ni, entri x de kualiti langsung..

    PEROSAK!!!

  11. Ahag Said says:

    Kita perlu buat kajian lebih saintifik lagi. Pad ini satu inovasi mungkin dari tradisi urut kaki dari timur. Teory refleksologi pada tapak kaki dan tapak tangan tidak di pertikaikan. Oleh sebab itu pusat urut kaki di meratas tempat.Kita setuju yang hitam dalam pad itu bukan toksik tetapi bahan bahan penyerap peluh yang keluar dari rongga tapak kaki kita.Untuk kajian saintifik kita perlu buat analisis kandungan sebelum dan selepas pad di gunakan. ADAKAH PERUBAHAN KANDUNGAN bahan /element toxic. Kita juga perlu buat kajian setiap campuran yang ada dalam bahan penyerap tersebut cuka buluh,cuka kayu,toumalin(sajenis mineral) dan lain bahan apa pengaruhnya kepada kaki/kulit manusia.Penulis blog ini tidak tahu tentang sifat bahan tadi dan kesan nya,kepakaran nya belum lagi khat untuk memberi kesimpulan muktamad.Banyak pengguna merasa kesan nya(ia mungkin kesan sebenar atau kesan psikologi- ini pun perlu di uji).Banyak orang merasa ringan apabila di guna berkali kali.Kesan hitam/perpeluhan pun berkurangan.KENAPA TAPAK KAKI? Tapak tangan pun mungkin sama TAPI kita selalu nak guna utuk makan,basuh ponggung ,pakai bedak : Oleh itu guna tapak tangan lebih sukar dan kurang praktikal. SAYA SEDANG MEMBUAT KAJIAN PRODUK INI yang mahal (RM12/keping)dan murah(RM1/Keping) katanya perbedaan cuka yang di guna.KAKI adalah kritikal kerana dari kajian saya tekanan darah Diastolik maupun Sistolik adalah tinggi di kaki berbanding dengan ukuran di tangan.Kaki adalah sentiasa di bawah.Semasa kita bertahayat tekanan lebih tinggi kerana tertindih(Semasa sujud mungkin lebih rendah).Orang kecing manis biasanya kena potong kaki jarang kena potong tangan.Ini menunjukan toksik lebih tinggi terkumpul di kaki secara logik nya.Tetapi apabila kaki dapat gangrene racun ini akan di bawa keseluruh badan jika kaki tidak di potong. Untuk mendapat lapuran kajian lebih lanjut sila ikuti fb Ahag Said atau kkklinkconsultancy dimasa akan datang. Saya akan memuatkan kajian saya.

  12. atia says:

    saya baru jer cuba benda nie. mungkin betol hitam pada footpatch tu bukan toksik. tapi sejak saya pakai benda nie proses pembuangan air besar saya lebih teratur. dan saya perasan pasti terbau bau footpatch ni bila buang air. jadi saya buat kesimpulan cara pembuangan toksik sebenarnyer bukan pada hitam2 kat footpatch tu. tapi ketika kita buang air. jadi terbukti keberkesanan footpatch ni mengeluarkan toksik dalam badan. saya cakap berdasarkan pengalaman. maaf jika ada salah silap.

  13. ejoncb says:

    Adik saya guna foot patch ni, Tujuan utama saja je nak try, lepas seminggu dia tgk ketuat – ketuat kat jari dia makin kecut dan tercabut lepas kering. Jadi kami macam yakin lah ada kesannya, pasal sebelum ni dah 2 ubat titik2 farmasi tak luruh jugak ketuat tu. Ni bila guna foot patch tu, kering dan tak naik-naik lagi.

  14. George says:

    Dear Friend:

    This is George!

    We are professional maker on DETOX FOOT PATCHES and can offer you different types Detox Foot Patch

    such as white type,green feet type ,super golden type .

    All of the patches made from natural herb powder

    We have some clients in Sweden , USA , France , Germany , New Zealand

    One of my client is called” purify your body.com” you can call owner of this website to prove my words!

    We can offer you 200,000pcs/per day

    So also we can offer you OEM service if you need , CE available

    Alright I just show you our price as follows:

    1) white type : 0.126$/per pc(without boxes) FOB SHANG HAI base on 20,000pcs basic function

    2) green feet type and sliver and yellow 0.155$/per pc(without boxes) FOB SHANG HAI base on 20,000pcs very good function

    3) super golden type: 0.195$/per pc (without boxes) FOB SHANG HAI base on 20,000pcs best quality of all

    Also you can order 50,000pcs and the price as follows:

    1) white type : 0.099$/per pc(without boxes) FOB SHANG HAI base on 60,000pcs basic function

    2) green feet type and sliver and yellow 0.149$/per pc(without boxes) FOB SHANG HAI base on 60,000pcs very good function

    3) super golden type: 0.188$/per pc (without boxes) FOB SHANG HAI base on 60,000pcs best quality of all

    300,000pcs price as follows:

    1) white type : 0.095$/per pc(without boxes) FOB SHANG HAI base on 300,000pcs basic function

    2) green feet type and sliver and yellow 0.145$/per pc(without boxes) FOB SHANG HAI base on 300,000pcs very good function

    3) super golden type: 0.185$/per pc (without boxes) FOB SHANG HAI base on 300,000pcs best quality of all

    Lead:7days by EMS

    Term of payment: bank transfer , west union

    Period of validity:2 month after 2.5/2014

    Please note this price is for small quantity and we can offer you our discounted price if you order bigger quantity such as

    500,000pcs

    Samples are free for you if you want

    Our company name website: http://detoxfootpatch.ffob.org/

    Contact person : George

    Phone number:0086-13162925749

    MSN : sijianpeng@hotmail.com skype: footpatch888

    Alright friend hope these information can meet your needs

    Have a great day
    ;
    Take care

    George

    2.5/2013

Leave a Reply