Kedai harga patut jadikan Malaysia destinasi beli-belah pelancong


Kewujudan lebih banyak kedai harga patut di negara ini akan membantu memperkasakan Malaysia sebagai destinasi beli-belah kepada pelancong, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Kepenggunaan Perlis, Mansor Jusoh.

Beliau berkata, kerajaan akan mengiktiraf peniaga yang menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan melalui program Anugerah Kedai Harta Patut (AKHP), yang diperkenal sejak 2003.Berucap pada majlis penyampaian AKHP 011 kepada peniaga di Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang hari ini, Mansor berkata anugerah itu bertujuan mengenal pasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menawarkan produk serta perkhidmatan pada harga berpatutan dan kompetitif.

Matlamat jangka panjang AKHP ialah meningkatkan sumber pendapatan serta kualiti perkhidmatan sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan tempatan, katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 1,115 pencalonan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tahun ini dan daripada jumlah itu, 99 peniaga di peringkat zon utara dipilih menerima AKHP.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Mansor menasihati peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila ramalan beberapa negeri, termasuk Perlis, mungkin dilanda banjir sebelum akhir tahun ini.

Sebaliknya, beliau berharap peniaga akan menyertai usaha murni kerajaan membantu orang ramai yang terjejas akibat banjir dengan menyediakan barangan keperluan yang mencukupi.
Katanya, peniaga yang menerima AKHP juga perlu mengekalkan perkhidmatan mereka dengan sentiasa menawarkan harga berpatutan.

Mansor juga berkata, kerajaan menjadikan Rumah Kanak-Kanak Arau dekat sini sebagai pusat pengumpulan makanan untuk mangsa banjir dan beliau berharap selepas ini, Perlis akan mempunyai pusat penyimpanan makanan mangsa bencana yang lebih khusus.

Katanya, pusat itu boleh dibina di kawasan yang tinggi dan bebas daripada ancaman banjir.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Perlis, Khairul Amin Talib. – BERNAMA

 

BHO Blog – Sesetengah peniaga memang suka menekan harga kepada pelancong, ia memberikan imej buruk kepada Malaysia sebenarnya.

 

sumber maklumat : http://bharian.com.my/


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Kedai harga diskaun
  2. Boikot peniaga naikkan harga
  3. Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan
  4. Beli-belah di Bukit Kayu Hitam
  5. Letak tanda harga atau denda!
  6. Pegawai pantau harga peniaga
  7. Harga ayam hanya RM4 sekilo
  8. Peniaga kaut laba tak peka nasib mangsa bah
  9. Pusat beli-belah maya
  10. Adu jika harga ayam lebih mahal

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah