
PALEMBANG – Skuad olahraga negara mencipta kejutan terbesar apabila kuartet ‘bidan terjun’ yang tidak langsung diletakkan harapan berjaya meraih emas dalam acara 4×400 meter lelaki semalam.
Penyertaan di saat-saat akhir itu tidak menghalang gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh untuk menyinar, sekali gus mengejutkan banyak pihak termasuk yang menghalang kedatangan mereka ke sini sebelum ini.
Kuartet itu mencatat masa 3 minit 10.47s untuk menewaskan juara bertahan, Thailand di tempat kedua dan Indonesia (ketiga). Catatan itu bagaimanapun jauh daripada rekod Sukan SEA, 3:05.47s.
“Kami berjaya menutup mulut mereka yang menghalang kedatangan kami ke sini. Kami berjaya buktikan dengan membawa pulang emas,” kata Kannathasan.
Kejayaan kuartet 4×400 ini yang hanya baru tiba dua hari lalu akibat pelbagai halangan dan dengki khianat pihak tertentu bakal memberi satu tamparan hebat kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Ini kerana dalam menyenaraikan mereka ke Sukan SEA ini, berlaku tarik tali di mana pada peringkat awal mereka disenaraikan, kemudian digugurkan sebelum disenaraikan semula di saat akhir.
“Kami berjaya buktikan, walaupun datang di bawah kategori B dan di saat akhir, kami berjaya membawa pulang emas,” kata Kannathasan.
Sebagai rekod, kali terakhir kuartet 4×400 meter lelaki negara memenangi pingat emas pada temasya dwitahunan itu ialah edisi 2007 di Thailand menerusi rangkaian pelari Mohd. Zuslaini Mohd. Zafril, Zainal Abidin Muhammad Zaiful, Subramaniam Thipan dan Krishnan Amran Raj.
Sebelum ini, penyertaan kuartet emas negara itu berdepan pelbagai halangan ekoran beberapa kontroversi yang timbul membabitkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
credit: Kosmo! Online
————————————————————————————————————————
Mantap atlet 4×400 meter lelaki; S. Kannathasan, Mohd. Yunus, Yuvaraaj dan Schzuan
Carian BHO
- kuartet 4 400 sea game indonesia
- yunus lasaleh
- amran raj krishnan metro
- kes 4 x 400m di sukan sea
- kuartet malaysia 4 400m emas sukan sea
- kuartet malaysia 4x400m cipta kejutan sea games 2011
- mohd yunus lasaleh
- olahraga 4x4 yunus
- pelari 4x100m malaysia
- pelari 4x100m sea games 2011
- rekod 400 meter malaysia
- sea games 2011 kes doping
- sea games 4x400m doping
- video malaysia 4x400m sukan sea 2011
- yunus lasaleh menang emas sukan sea 2011
- kuartet 4x400m cipta kejutan
- 4x4 kuartet malaysia
- amran raj
- amran raj krishnan
- atlet 4 x 4 malaysia buat kejutan di sukan sea indonesia
- atlet lari malaysia 4 kali 400m lelaki sukan sea di indonesia
- atlet malaysia yunus lasaleh
- atlet merayu
- berita harian tentang zaiful zainal abidin
- doping pelari malaysia 4x400m 2012
- kejayaan 4 x 400m malaysia
- kes atlet malaysia mohd yunus lasaleh
- kes doping 4x400m malaysia
- krishnan "krishnan" yahoo co my OR yahoo com OR gmail com -scam -fraud -complian -in-yahoo-com -in-local-com -in-news-com -in linkedin com
- zaiful olahraga & isteri
Baca Post Lain yang Berkaitan: