Kenapa TGNA marah pada Nasha?
Sekadar untuk dikongsi bersama. Oleh Mohd Sayuti – Link Blog – MSOMelayu.blogspot.com
SAYA rasa bukan saja saya, orang lain juga terkejut dengan apa yang berlaku di Kota Bharu Kelantan pagi ini mengenai kenyataan atau luahan perasaan berapai Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Saya berharap media masa salah lapor mengenai maksud dan kata-kata sebenar Tok Guru Nik Aziz itu. Menurut laporan protal berita, beliau sebagai berkata Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa perlu letak jawatan sebagai timbalan presiden Pas dan ahli parlimen Bachok sekiranya Nasharudin masih berhasrat meneruskan rundingan dengan Umno.
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” begitulah kata-kata Nik Aziz dipetik.
Saya harap ia salah lapor, iya saya harap sangat-sangat ia salah lapor dan satu provokasi saja.
Kalaulah benar begitu maksud Nik Aziz, saya kira ia satu kenyataan yang kurang manis dan sungguh malang sekali yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tua bertaraf separuh wali berjawatan Mursyidul Am Pas. Kenyataan begitu beremosi. Cara itu ialah tidak bijaksana dan berhemah sama sekali dan berkadas dengan usia.
Mengenang aksi Tok Guru itu lakunya tidak ubah seperti tindakan seorang bapak menghalau anaknya keluar rumah kerana anaknya dikatakan nak bernikah dengan gadis yang tidak diingininya. Tindakan itu selalunya dilakukan oleh orang-orang zaman dulu yang kurang ilmu diplomasi dan siasahnya.
Kenyataan itu tentulah melukai hati dan mengaibkan Nasharudin Mat Isa. Kenapa sampai ke situ sekali Nik Aziz melepaskan kata-katanya? Besar mana dan sebesar mana kuasa Nasharudin sebagai timbalan presiden Pas berbanding dengan kuasa dia sebagai Mursyidul Am? Nik Aziz nampak langsung tidak menghormati kepada perwakilan Pas yang memberi mandat kepada Nasharudin dalam muktamar lalu.


Media juga melaporkan Nik Aziz sebagai berkata, Pas Kelantan kesal kerana beri peluang kepada Nasharudin bertanding di Bachok dan menganggap Nasharudin sebagai sampah yang menyusahkan. Kenapa begitu sekali? Apakah tidak ada tindakan lain yang lebih lunak yang boleh dilakukan Nik Aziz?
Sekali lagi cara Nik Aziz itu tidak ubah seperti sikap seorang ayah yang terlalu marah kepada si anak sehingga mengungkit-ungkitkan sesutau yang diberikan kepada anaknya. Apakah sikap begitu betul dan bijaksana dilakukan oleh seorang ayah? Di manakah kecerdikan dan pengalaman seorang bapa kalau menghembuskan kemarahan di tempat terbuka begitu?
Saya yakin sekiranya Tok Guru memanggil Nasharudin dan bercerita secara baik meminta dia kosongkan kerusi Bachok, Nasharudin akan lalukan. Demi penghormatannya kepada Mursyidul Am Pas dia akan berhenti. Tetapi apakah begitu caranya. Kenapa bila Ibrahim Ali ‘poting’ punggung Nik Aziz tidak sepatah haram pun mengecam Ibrahim Ali? Anih.
Begitu juga kalau Nik Aziz panggil Nasharudin dan minta supaya dia serahkan jawatan timbalan ketua Pas kepada orang baju petak-petak merah Nasharudin akan akur. Siapalah Nasharudin hendak menderhaka kepada Tok Guru. Tetapi kenapa Nik Aziz tidak berbuat begitu? Walaupun beliau mengatakan kemarahan itu tidak ada kena mengena dengan kekalahan anak ayam didiknya itu, tetapi seluruh orang tahu. Itik ayam pun tahu apa yang berlaku.
Mungkin ada sebahagian orang di Kota Bharu suka dan gembira dengan kata-kata Nik Aziz itu. Mungkin ada yang memuji, bagus Tok Guru… atau berkata, “jangan main dengan tok guru kawe, dia tidak kira sapa, bila dia marah, bukit gunung pun dia akan sepak”. Nasihat dan pujian itu rasanya tidak betul. Tok Guru perlu disejutkan bukan ditambah hangatkan dengan kata-kata berunsur hasutan begitu.

Saya malas ulas panjang dan mahu melihat perkembangan seterusnya apa yang berlaku. Saya juga malas nak kemukakan apa-apa penawar di sini. Biarlah semua orang mabuk gadong, kerana ada orang nak menoton bagaiman kalau orang mabuk gadong, jalannya terhuyu-hayang dan langkahkan peka.
Yang jelasnya Umno bertepuk tangan melihat situsi dalam Pas kini. Umno tidak payah kerja keras, musuh sudah berlaga sama sendiri. Api sudah makin marak. Mungkin kali ini rezeki Umno pula untuk menyapu Kelantan pada pilihan raya umum ke 13!
Dalam posting sebelum ini saya sudah berikan ingatan, jangan sampai Pas ada dua mazhab- “Mahzab Haji Hadi” dan “Mazhab Nik Aziz”. Nampaknya apa yang saya bimbangkan itu sudah nak menjadi. Benih sudah mulai nak tumbuh.
Duhai ahli dan penyokong Pas, ramai-ramailah solat hajat minta selamatkan Pas. Berdoa dan bermunajaklah. Sebab kalau tidak kena gaya Pas mungkin akan berpecah dua. Mungkin satu lagi parti baru serpihan dari Pas akan wujud!
Iya.. saya sudah membayangi ini sejak beberapa bulan lalu. Berdoalah selagi masih ada waktu. Kita diminta berdoa.
Kepada Nasharudin Mat Isa banyak-banyaklah bersabar. Jangan terasa hati dengan apa yang Tok Guru kata. Anggaplah ianya nasihat berguna. Betapa kalau Nasharudin betul pun dan cuba jelaslah namun ia tidak akan dilihat baik lagi.
Dan sekiranya difikirkan perlu, boleh dipertimbangkan permintaan Mursyidul Am Pas itu. Iya kalau orang sudah tidak sukakan kita, tunggu apa lagi. Sekiranya saya jadi Nasharudin saya akan serahkan surat mengosongkan kerusi parlimen Bachok kepada Nik Aziz. Sedarlah diri kita hanya menumpang belas kasihan orang, bila orang benci maka kita kena tahu bila masa kita perlu keluar dari rumah itu…
Kerusi timbalan presiden mungkin tidak perlu kerana kerusi itu ditentukan oleh ahli Pas. Apa yang perlu diingat kuasa memilih dalam parti antara ahli biasa di cawangan Kampung Tok Naga, Kuala Terengganu sama saja dengan undi seorang Mursyidul Am Pas.
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Politik












Alhamdulillah,,pas sekarang sudah kembali aman. Fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu sangat memecahbelahkan masyarakat terutamanya orang islam..
Akhirnya Tuan Guru NIk Abdul Aziz sudah bertemu muka dengan Ustaz Nasya dan sudah berbaik kembali..maka lepas ini tidak adalah ‘modal’ untuk pihak tertentu terutama pihak media yang telah mengotori prisip kewartawanan dari memutar belit fakta untuk berniat jahat.
takbir!!!!!!!!!!
Salam,
Tuan Guru Nik Aziz saya kira selalu bercakap menggunakan bahasa dialek/loghat Kelantan yang pekat yang berbunga menyebabkan kadang2 susah untuk kita memahaminya. Yang mendengar bukan semuanya org kelantan dan tidak faham lalu terjadilah salah tafsir dan sebagainya.
Membaca artikel ini saja sudah boleh menjelaskan yang diatas.
Dibawah adalah petikan dari artikel
(Media juga melaporkan Nik Aziz sebagai berkata, Pas Kelantan kesal kerana beri peluang kepada Nasharudin bertanding di Bachok dan menganggap Nasharudin sebagai sampah yang menyusahkan. Kenapa begitu sekali? )
Dibawah adalah petikan kata2 Tuan Guru Nik Aziz
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” begitulah kata-kata Nik Aziz dipetik.
Saya bukan org kelantan dan tidak begitu faham loghat kelantan dan tidak memihak kepada sesiapa tetapi kalau saya membaca kedua2 petikan itu, saya membuat kesimpulan kenyataan “buat sampah” oleh Tuan Guru Nik Aziz bermaksud Nasharudin membuat tindakan atau memberi pandangan yang mungkin tidak bersesuaian dengan pandangan beliau tetapi membaca petikan dari artikel pembaca boleh membuat kesimpulan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap Nasharudin sendiri sebagai sampah
Mungkin ini yang dikatakan salah tafsir atau mungkin saya yb salah tafsir.
nk buat cane, akhbar skrng mlain yg dgr lain yg ditulis.. klu anda sendiri diinterview ole mana akhbar mesti anda akan terkejut ble esoknya kluar cerita psl anda kerana ape yg ditulis sgt lain dr ape yg anda bgtau