Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam dan pembayaran akan dilakukan oleh kerajaan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysia-instinct, Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya agar bonus tersebut dibayar dan urusan pembayaran akan disegerakan untuk meringankan beban kakitangan yang terlibat.
“Bagaimanapun nilai bonus masih belum ditetapkan dan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.
“Pengumuman mengenainya pula akan dibuat sama ada pada minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan,” kata sumber tersebut.
Pada tahun lalu kerajaan membayar bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan atau minimum RM1,000.
Pembayaran bonus itu pula dibuat sebanyak dua kali iaitu sebahagiannya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala bakinya pada hujung tahun bagi membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk tujuan membeli persiapan persekolahan anak-anak.
Bagaimanapun, pada tahun ini timbul kebimbangan kerajaan tidak akan membayar bonus berikutan prestasi ekonomi dunia dan negara yang mengalami kemuncupan.
Lebih merisaukan apabila terdapat pandangan pihak tertentu bahawa bonus tidak boleh dibayar sebelum Hari Raya berikutan Bajet 2010 hanya akan dibentang di Parlimen oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober ini.
Pada tahun-tahun sebelum ini, pengumuman mengenai bonus hanya dibuat ketika pembentangan bajet dan pembayarannya dibuat selepas itu.
Pembayaran bonus sebelum bajet pada kali ini bakal mencatat sejarah baru dan menepati gagasan Najib yang mahu kebajikan rakyat diberi keutamaan seperti yang digariskan dalam konsep 1 Malaysia.
Sumber itu menambah, Perdana Menteri amat mengambil berat tentang kesusahan kakitangan rendah yang perlu berbelanja lebih untuk persiapan menyambut Syawal.
“Beliau prihatin dalam hal tersebut walaupun ramai yang meramalkan tiada bonus akan dibayar pada tahun ini.
“Tunggulah, berita gembira akan menyusul,” katanya tanpa mahu mengulas dengan lebih lanjut.
Carian BHO
- bonus raya 2011
- bonus raya
- bonus hari raya 2011
- berita bonus
- bharian com my
- berita harian bonus
- berita bonus raya
- gambar burit
- bonus raya kerajaan
- BONUS HARIRAYA 2011
- harian kosmos
- contoh surat rasmi kerajaan
- bonus
- ulasan surat khabar mengenai bajet 2012 malaysia
- contoh surat pengumuman bonus
- jenis surat khabar sabah
- pengumuman najib untuk kakitangan kerajaan
- pengunguman bajet
Baca Post Lain yang Berkaitan: