SINGAPURA, 24 Nov (Bernama) — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kajian sepenuhnya bagi projek kereta api berkelajuan tinggi yang dicadangkan menghubungkan Malaysia dan Singapura dijangka siap dalam masa lapan hingga sembilan bulan.
Beliau berkata prakajian kemungkinan telah dijalankan dan keputusan adalah positif dan kini ke peringkat seterusnya.
“Ketika itu, kita akan tahu bagaimana caranya. Tetapi yang pastinya, ia adalah suatu keperluan (mempunyai kereta api). Saya rasa ia membabitkan angka, kos dan faedah,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Forum Perniagaan Malaysia-Singapura di sini hari Khamis.
Forum yang bertemakan “Meningkatkan Perkongsian Strategik”, itu turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang.
Beliau berkata kereta api itu akan menjadi suatu yang diperlukan negara untuk terus menggalakkan pertumbuhan di antara Singapura dan Malaysia dan “apatah lagi apabila kita bercakap tentang penyambungan dalam Asean, ini akan menjadi hubungan yang penting dalam penyambungan ini.”
Sementara itu, rakyat Malaysia dan Singapura telah menyatakan harapan yang tinggi terhadap cadangan hubungan kereta api antara kedua-dua negara.
Laporan awal mengatakan yang faedah perjalanan antara 110 mph dan 220 mph akan bermakna sambungan yang lebih baik, masa perjalanan yang lebih singkat dan pembangunan baru di sekitar stesen kereta api.
Perubahan juga dijangka mewujudkan 150,000 pekerjaan baru dan sebanyak US$19 bilion dalam perniagaan baru menjelang 2035.
Rangkaian kereta api itu juga dijangka merangsang pelancongan, memberi peluang kepada perniagaan memilih kumpulan pekerja dan membantu mengembangkan kelompok teknologi di bandar-bandar.
Berdasarkan pengalaman di negara-negara lain, kereta api berkelajuan tinggi juga akan menjana manfaat ekonomi yang besar kepada kedua-dua negara.
Forum sehari itu dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), bersama-sama dengan International Enterprise (IE) Singapura dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).
Kira-kira 700 peserta menghadiri forum yang berlangsung di Raffles City Convention Centre.
credit: CG Forum
—————————————————————————————————
Carian BHO
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Malaysia-Singapura Selesai Isu Bayaran Pembangunan Tanah KTM Di Mahkamah Timbang Tara
- Tempahan lontong di Singapura tinggi
- “LIVE” Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Singapura di TV1
- Lucasfilm bina studio di Singapura
- Malaysia terlepas benam Singapura
- Helikopter Apache Singapura terhempasHelikopter Apache Singapura terhempas
- Kelayakan Piala Dunia: Malaysia 3 – 5 Singapura
- Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia terbakar di Wellington
- Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Singapura
- Graduan perubatan tempatan pilih bekerja di Singapura
...buek apo nok laju laju bang..nok kemano...masuuk laut ko...negalo kito kochik bukei macam negalo bosar bosar laen tu..membazir duit buek apo..guno kat tompek lain ..yg lebeh mermelu kein. kito tok perlu kelajuein..slow n steady..baru ado ummmphff..j