Kereta elektrik pertama di Hawaii dari Jepun



BRIDGET NISHIMURA (kiri) keluar dari kereta elektrik Mitsubishi i 2012 di Honolulu kelmarin.

HONOLULU, Amerika Syarikat (AS) – Satu pasangan Hawaii kelmarin memperoleh kereta pertama elektrik yang dihantar oleh syarikat Mitsubishi Motors kepada seorang pelanggan di AS dan Kanada.

Bryson Nishimura dan isterinya, Bridget Nishimura menerima kunci kereta mereka, Mitsubishi i 2012 pada satu majlis di bangunan Capitol di sini, Hawaii.

Kereta itu jika dicaj selama tujuh jam dengan purata kos AS$3 (RM9.55) akan bergerak sejauh 100 kilometer.

Para pelanggan yang mengambil peluang daripada cukai kredit persekutuan sebanyak AS$7,500 (RM) boleh membeli kereta tersebut pada harga AS$16,000 (RM50,936).

Pemandu-pemandu kereta di Hawaii tidak perlu membayar bayaran meletak kereta apabila mereka meletakkan kereta tersebut di kawasan parkir bermeter. – Agensi

credit: CG Forum
—————————————————————————————————

Maklumat tambahan:

Mitsubishi Motors merupakan salah satu syarikat terbesar di dunia, dan perkilangan membuat riaswajah kenderaan. Syarikat ini berasal daripada jepun dan telah didirikan pada sekitar tahun 1917 lagi.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Kereta elektrik buatan tangan
  2. Kereta sport elektrik pertama Britain
  3. Teksi berkuasa elektrik di Jepun
  4. Motosikal elektrik pertama
  5. Kereta elektrik bakal dijual
  6. Makanan dari Jepun diuji
  7. Proton serah lapan kereta elektrik untuk pandu uji
  8. Rakyat Britain pertama caj kereta
  9. Honda perkenal skuter elektrik
  10. Kereta buatan Jepun dirosakkan