Kereta terbang lulus ujian

March 20, 2009 | By | 2 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


NEW YORK – Dengan hanya menekan beberapa butang sebuah kereta mampu berubah menjadi sebuah kapal terbang dalam masa 30 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07 kilometer sejam dan bergerak sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak petrol tanpa plumbum biasa.

Kereta terbang pertama dunia itu dipandu uji oleh seorang juruterbang veteran Amerika Syarikat (AS), Phil Meteer.

Dia mengendalikan kereta terbang itu di Lapangan Terbang Plattsburg, New York.

“Kereta ini terbang seperti sebuah kapal terbang.”

Pembuat kereta terbang itu, syarikat Terrafugia dari Woburn, Massachusetts menyatakan ia akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich berkata: “Kejayaan itu akan mengubah pergerakan peribadi di dunia.”

Kereta sepanjang 5.79 meter itu berharga AS$182,405.31 (RM664,145). – Agensi

Attached Images

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. lala_deylailah says:

    wah,best neh keta pun leh terbang. huhu nak ikut terbang gak laa…

  2. Asdes says:

    nanti aku wat motor terbang plak…

Leave a Reply