Kicap pekat berperisa cicak

December 27, 2010 | By | 4 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.


KANGAR – Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

“Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

“Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Pengajaran, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. biah87 says:

    yakss… sabar je la, apa bleh buat dah nak abis dguna,enak juga la rsa nya tu sbb dah sbulan dgunkan…. harap2x brhati2x la pada pengusaha jgn ingat utng je…. jaga betul2x kbrsihan………

  2. Mass says:

     
    30hb Disember, 2010
     
    Kepada Editor Akhbar Harian Kosmo
     
    Tuan/Puan
     
    PER : AKHBAR HARIAN KOSMO BERTARIKH 27/12/2010
    RENCANA : KICAP PEKAT BERPERISA CICAK
     
    Kami merujuk kepada laporan akhbar anda bertarikh 27/12/2010 terhadap rencana ‘pengguna kicap jumpa cicak dalam botol kicap’.
     
    Lanjutan dari berita yang dicetak oleh akhbar anda, untuk makluman anda kami pernah membuat satu kajian mengenai perkara diatas dan melantik sebuah makmal yang diiktiraf oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) Jabatan Standard Malaysia iaitu Depco United Sdn Bhd, SAMM No. Rujukan 099 untuk mengendalikan proses ujikaji ke atas 21 ekor cicak yang direndam dalam kicap.
     
    Sehubungan dengan itu juga, kami ingin mengemukakan hasil laporan dari kajian berserta gambarajah fizikal cicak sewaktu proses ujikaji dijalankan sebelum ini di makmal Depco United Sdn Bhd. Sila rujuk 5 gambarajah dari eksperimen 1 (Kami sedang cuba menampal gambar eksperimen untuk pembaca sekelian)
    Hasil keputusan dari ujikaji tersebut menunjukkan yang perubahan fizikal amat ketara iaitu cicak telah reput/mengerikot selepas direndam di dalam kicap selama 25 hari. (Sila rujuk Lampiran 1& 2 – Laporan dari Depco United Sdn Bhd)
     
    Akan tetapi, contoh cicak yang telah dipamerkan melalui Akhbar Harian Kosmo dan Kosmo Online tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal walaupun pelanggan tersebut mendakwa cicak itu telah berada dalam rendaman kicap untuk sekurang-kurangnya selama 60 hari (30+30 hari) – Tempoh selepas pengilangan, pengedaran sehingga ditempatkan di kedai runcit adalah lebih kurang 30 hari dan campur tempoh dalam simpanan pengguna adalah 30 hari seperti yang dilaporkan dalam keratan Akhbar Harian Kosmo.
     
    Ruang pembukaan penudung botol ialah 2.2cm lebar, maka ruang cukup besar untuk cicak masuk melaluinya dan terus ke dalam botol. Sila rujuk kepada dua (2) gambarajah dibawah bagi melihat keadaan sebenar penudung botol sebelum dan selepas “Security Seal” dibuka berserta saiz mulut penudung. (Keluasan penudung yang dapat menampung 4 pena.)
     
    Merujuk kepada ukuran panjang cicak yang dipamerkan di dalam Akhbar Harian Kosmo dan Kosmo Online kelihatan lebih besar dari 2cm seperti yang dilaporkan. Malah gambar cicak tersebut, saiznya dari kepala ke hujung ekor hampir-hampir menutupi separuh dari tapak tangan manusia (selebar 3 jari). Seandainya benar, saiz cicak adalah lebih besar dan ini berkemungkinan cicak itu boleh dikesan dengan mata kasar.
     
    Segala yang tertera di atas adalah berdasarkan dari data hasil ujikaji yang di jalankan dan fakta-fakta yang sahih belaka. Sekiranya terdapat keraguan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila behubung dengan pihak Syarikat tanpa was-was. Sebagai syarikat yang mempunyai sijil Halal, HACCP dan ISO9001:2008 yang diiktiraf, Syarikat kami mengalu-alukan pengunjung/pelawat untuk melawat kilang kami.
     
    Sekian, terima kasih.
     
    Yang menjalankan tugas,
    MASLINA ZAINAL ABIDIN
    Eksekutif Pemasaran
    Kong Guan Sauce & Food Mfg Co Sdn Bhd
    Tel : 604-3908095
    Fax: 604-3908098

  3. Mass says:

    30hb Disember, 2010
    Kepada Editor Akhbar Harian Kosmo
    Tuan/Puan
    PER : AKHBAR HARIAN KOSMO BERTARIKH 27/12/2010
    RENCANA : KICAP PEKAT BERPERISA CICAK
    Kami merujuk kepada laporan akhbar anda bertarikh 27/12/2010 terhadap rencana ‘pengguna kicap jumpa cicak dalam botol kicap’.
    Lanjutan dari berita yang dicetak oleh akhbar anda, untuk makluman anda kami pernah membuat satu kajian mengenai perkara diatas dan melantik sebuah makmal yang diiktiraf oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) Jabatan Standard Malaysia iaitu Depco United Sdn Bhd, SAMM No. Rujukan 099 untuk mengendalikan proses ujikaji ke atas 21 ekor cicak yang direndam dalam kicap.
    Sehubungan dengan itu juga, kami ingin mengemukakan hasil laporan dari kajian berserta gambarajah fizikal cicak sewaktu proses ujikaji dijalankan sebelum ini di makmal Depco United Sdn Bhd. Sila rujuk 5 gambarajah dari eksperimen 1 dibawah:-
    http://img.photobucket.com/albums/v488/skyjuice2004/1.jpg
    Gambarajah 1 :
    -Eksperimen hari 1,cicak dimasukkan cicak kelihatan kedalam botol ujikaji.

    http://img.photobucket.com/albums/v488/skyjuice2004/2.jpg
    Gambarajah 2 :
    Eksperimen hari 1, menunjukkan gambar dari bahagian atas cicak terapung atas bottle

    http://img.photobucket.com/albums/v488/skyjuice2004/3.jpg
    Gambarajah 3 :
    -Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 9 hari dalam rendaman kicap menampakkan rangka cicak. (Specimen 1)

    http://img.photobucket.com/albums/v488/skyjuice2004/4.jpg
    Gambarajah 4 :
    - Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 14 hari dalam rendaman kicap menampakkan kedutan, lembek dan sifatnya tidak sempurna (Specimen 1)

    http://img.photobucket.com/albums/v488/skyjuice2004/5.jpg
    Gambarajah 5 :
    -Eksperimen 1 – Keadaan fizikal cicak selepas 25 hari amat ketara tidak sempurna dan kulit yang mudah tertanggal. (Specimen 1)

    Hasil keputusan dari ujikaji tersebut menunjukkan yang perubahan fizikal amat ketara iaitu cicak telah reput/mengerikot selepas direndam di dalam kicap selama 25 hari. (Sila rujuk Lampiran 1& 2 – Laporan dari Depco United Sdn Bhd)
    Akan tetapi, contoh cicak yang telah dipamerkan melalui Akhbar Harian Kosmo dan Kosmo Online tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal walaupun pelanggan tersebut mendakwa cicak itu telah berada dalam rendaman kicap untuk sekurang-kurangnya selama 60 hari (30+30 hari) – Tempoh selepas pengilangan, pengedaran sehingga ditempatkan di kedai runcit adalah lebih kurang 30 hari dan campur tempoh dalam simpanan pengguna adalah 30 hari seperti yang dilaporkan dalam keratan Akhbar Harian Kosmo.
    Ruang pembukaan penudung botol ialah 2.2cm lebar, maka ruang cukup besar untuk cicak masuk melaluinya dan terus ke dalam botol. Sila rujuk kepada dua (2) gambarajah dibawah bagi melihat keadaan sebenar penudung botol sebelum dan selepas “Security Seal” dibuka berserta saiz mulut penudung.

    http://img.photobucket.com/albums/v488/skyjuice2004/6.jpg
    Gambarajah 6:
    - Sebelum & Selepas “Security Seal” Dibuka

    http://img.photobucket.com/albums/v488/skyjuice2004/7.jpg
    Gambarajah 7:
    - Keluasan yang dapat menampung 4 pena.

    Merujuk kepada ukuran panjang cicak yang dipamerkan di dalam Akhbar Harian Kosmo dan Kosmo Online kelihatan lebih besar dari 2cm seperti yang dilaporkan. Malah gambar cicak tersebut, saiznya dari kepala ke hujung ekor hampir-hampir menutupi separuh dari tapak tangan manusia (selebar 3 jari). Seandainya benar, saiz cicak adalah lebih besar dan ini berkemungkinan cicak itu boleh dikesan dengan mata kasar.
    Segala yang tertera di atas adalah berdasarkan dari data hasil ujikaji yang di jalankan dan fakta-fakta yang sahih belaka. Sekiranya terdapat keraguan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila behubung dengan pihak Syarikat tanpa was-was. Sebagai syarikat yang mempunyai sijil Halal, HACCP dan ISO9001:2008 yang diiktiraf, Syarikat kami mengalu-alukan pengunjung/pelawat untuk melawat kilang kami.
    Sekian, terima kasih.
    Yang menjalankan tugas,
    MASLINA ZAINAL ABIDIN
    Eksekutif Pemasaran
    Kong Guan Sauce & Food Mfg Co Sdn Bhd
    Tel : 604-3908095
    Fax: 604-3908098
    Email : konguan@po.jaring.my
    Web : http://www.kongguan.com

Leave a Reply