KiddyTrack kesan lokasi anak


Maxis Bhd. (Maxis) kini menyediakan penyelesaian mengesan kanak-kanak yang pertama di Malaysia, KiddyTrack, yang dipacu oleh teknologi Mesin-ke-Mesin (M2M) Terurus Maxis.

Penyelesaian M2M Terurus Maxis itu terdiri daripada perkhidmatan telemetri atau telematik yang menyediakan komunikasi lancar antara peranti atau pelayan tanpa wayar melalui SMS, GPRS, 3G atau Circuit Switch Dial-Up (CSD) tanpa memerlukan input pengguna.

Pengurus Besar dan Ketua Perniagaan Korporat Maxis, Sekar Shanmugam berkata, KiddyTrack menggunakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis untuk mengesan anak-anak pelanggan melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Dalam hanya beberapa saat menerima SMS berkenaan, sistem ini akan menyediakan pengguna dengan sambungan URL peta Google yang menunjukkan lokasi setempat sehingga lima meter di mana kanak-kanak itu dikesan.

“Apabila ia tidak mendapat isyarat GPS, maklumat berasaskan sel oleh platform M2M Terurus Maxis boleh menyediakan lokasi kanak-kanak itu dalam lingkungan ketepatan radius 50 meter,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama Maxis dengan pemaju teknologi pengesan tersebut, KiddyTrack Sdn. Bhd. (KiddyTrack) dan pelancaran perkhidmatan KiddyTrack di sini semalam.

 

BHO Blog – Ini satu inovasi yang sangat bagus, setiap ibu bapa perlu peka dengan pergerakan anak mereka, jika berlaku apa apa kes kehilangan, pasti makin mudah nak jejak.

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Asri susukan anak di lokasi
  2. Pindah wang melalui Maxis
  3. Kesan lelaki mahu jual anak
  4. Polis kenal pasti enam lokasi maut
  5. Kesan dalang
  6. Lokasi sembelih diubah
  7. Mayat penuh kesan lebam
  8. Lokasi gerai tak strategik
  9. Keluarga punca anak obesiti
  10. Lokasi kedai buku terbaik

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah