BEREGU utama lelaki negara diberi peluang bersuara dalam usaha mengembalikan semula ‘sentuhan emas’ mereka.

Berita selanjutnya.
Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her berkata, Kien Keat Boon Heong harus tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan bagi meningkatkan tahap prestasi masing-masing.
“Koo dan Tan merupakan pemain bertaraf dunia. Jadi, mereka perlu tahu apa yang perlu dilakukan.
“Sebagai jurulatih, saya hanya boleh memberikan tunjuk ajar dan khidmat nasihat tetapi selebihnya adalah atas usaha mereka sendiri sewaktu beraksi dalam satu-satu perlawanan.
“Jika mereka rasa ada kekurangan dalam corak permainan ataupun kombinasi, mereka perlu memberitahu kepada jurulatih.
“Dari situ, kita akan berbincang untuk mengatasi segala masalah yang timbul,” kata Kim Her.
Kien Keat Boon Heong dilihat bergelut dengan prestasi tidak menentu apabila masih gagal merekodkan sebarang kejuaraan dalam mana-mana kejohanan antarabangsa yang disertai mereka tahun ini.
Ia jelas suatu yang membimbangkan, apatah lagi beregu emas negara itu diletakkan sebagai sandaran utama untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.
Pelbagai usaha telah dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mengembalikan semula ‘sengat’ Kien Keat-Boon Heong agar mereka kembali berada pada tahap prestasi terbaik.
Usaha itu termasuklah menunaikan permintaan mereka yang mahu menukar jurulatih untuk berada di bawah kendalian Pang Cheh Chang dan bukannya Rexy Mainaky lagi.
Terbaharu, BAM telah melantik bekas jaguh Korea Selatan, Yoo Yong-sung yang telah memulakan tugasannya Selasa lalu bagi membantu Cheh Chang menggilap kembali sentuhan Kien Keat Boon Heong.
Bagi Boon Heong, dia berharap kehadiran Yong-sung dapat membantu dirinya dan Kien Keat untuk mempertingkat lagi tahap prestasi mereka.

“Kami akan cuba untuk bekerjasama dengan jurulatih baharu (Yong-sung) sebaik mungkin.
“Saya harap kehadirannya di sini dapat membantu kami memperbaiki segala kelemahan yang ada pada kami untuk kembali menjadi beregu handalan dunia,” kata Boon Heong.
credit:kosmo.com.my
———————–
Adakah ini dapat meningkatkan prestasi pemain kita? Nantikan.
Carian BHO
Baca Post Lain yang Berkaitan: