Kisah Lawak yang Tak Berapa Nak Jadi

August 10, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


http://1.bp.blogspot.com/_UTodOtSf_UQ/TGqoQvUihaI/AAAAAAAAANA/Z_WiA7zq3Zo/s1600/lawak.jpg

 

Kisah ini berlaku kira-kira 15 tahun yang lepas yang mana pada masa itu aku
masih berumur 12 tahun masih lagi belajar di sebuah sekolah di utara tanah air.

Aku bersama kawan aku iaitu Atan berjalan kaki ke sekolah yang terletak lebih
kurang 2 km dari Taman Perumahan kami.

Sampai di sekolah berlakulah satu
peristiwa yang tidak mungkin aku kana lupakan sampai bila-bila, semua mata
kawan-kawan aku tertumpu ke arah aku, Atan yang mungkin sudah perasan masa kami
berjalan bersama-sama tadi sengaja tidak memberitahu aku.

Kawan-kawan aku dah mula ketawakan aku, ada ketawa yang terguling-guling pun ada, Rupa-rupanya aku
hanya memakai selipar pink berkelip-kelip labuci milik adik aku ke sekolah,
bukan kasut Bata berwarna putih.

Punyalah malu, muka aku merah padam menahan
malu. Aku apa lagi terus ambil langkah seribu cabut lari balik rumah la tukar
kasut.

 

Saudara Rizal

Pertandingan BHO Artikel 5

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: BHO Blog

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply