Kos bersalin meningkat 100%
ABU DHABI: Kos bayaran untuk ibu bersalin yang tidak memiliki kad kesihatan naik hingga 100 peratus di semua hospital di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan, lapor kenyataan dikeluarkan kementerian itu.
Kos untuk bersalin normal meningkat daripada 2,500 dirham (RM2,106) kepada 5,000 dirham (RM4,213), manakala kos untuk pembedahan caesarean pula meningkat dua kali ganda daripada 4,000 dirham (RM3,370) ke 8,000 dirham (RM6,741).
Menurut pegawai di kementerian terbabit kenaikan itu didorong oleh kos operasi dan harga peralatan perubatan yang semakin meningkat.
Dia berkata, kadar baru bayaran itu masih rendah berbanding di hospital swasta ataupun hospital yang dikelolakan Badan Kesihatan Dubai (DHA).
Pada awal tahun ini, hospital di bawah kelolaan DHA menaikkan kos untuk ibu bersalin hingga 250 peratus. Kelahiran cara normal meningkat daripada 2,000 dirham (RM1,685) kepada 7,000 dirham (RM5,899), sementara pembedahan caesarean pula naik daripada 3,000 dirham (RM2,528) kepada 9,000 dirham (RM7,584). – Agensi
Sumber : Harian Metro
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita, Luar Negara










