Kucing Hilang Jumpa Ular Sawa 5 Meter


IBRAHIM (kiri) bersama penduduk memegang ular sawa yang ditangkap di Kampung Badak Mati, Bukit Marak dekat Kota Bharu kelmarin.

http://2.bp.blogspot.com/_CDKI_L4ZDow/TDraV0nSE-I/AAAAAAAAABk/pXonIPJ-kNI/s400/ular-sawa_1.jpg

KOTA BHARU – Kehilangan seekor kucing milik seorang peniaga restoran akhirnya terjawab apabila seekor ular sawa batik sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram ditemui di dalam premis tersebut di Kampung Badak Mati, Bukit Marak dekat sini kelmarin.

Pemilik kedai makan tersebut, Khairul Azman Hasbullah, 33, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia mahu mengambil air untuk membasuh pinggan.

Reptilia itu ditemui dalam keadaan berlingkar dan tidak bergerak.

“Saya terus menghubungi pihak bomba kerana bimbang ular tersebut bertindak agresif dan mengancam saya ataupun para pelanggan.
http://3.bp.blogspot.com/_pejlqUq4f2k/TS_nLNdGkgI/AAAAAAAAABM/2K5g364BW_M/s1600/kajul11ular.jpg
“Sebelum ini, saya kehilangan kucing peliharaan sejak tiga hari yang lalu dan saya percaya kucing tersebut telah menjadi mangsa ular berkenaan,” katanya ketika ditemui kelmarin.

credit: CG Forum

——————————————————————————————————————————————

Info menarik untuk anda baca:

Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat terletak di kawasan berbukit batu kapur. Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia.

Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular  yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.

Taman Ular ini di selenggarakan oleh Institute for Medical Research (IMR), yang bertujuan untuk penyelidikan biologi ke atas spesis ular di Malaysia, IMR juga menawarkan berkaitan data saintifik dan keputusan penyelidikan.

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Tangkap Ular Sawa 5 Meter
  2. Ular sawa dalam kabinet
  3. Sawa 6 meter baham kambing
  4. Ular sawa 1.5 meter disangka tali dihanyut arus
  5. Ular baham ternakan ditangkap
  6. Penduduk tangkap ular sawa 100kg
  7. Ular sawa dikahwin
  8. Jumpa ular cedera dekat Penjara Pudu
  9. Anak ular sawa berkepala dua
  10. Gempar: Ular sawa ditemui dalam kolam

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah