
KUALA TERENGGANU 14 Nov. – Kumpulan pertama jemaah haji penerbangan terus dari Jeddah ke sini tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, semalam.
Kepulangan 447 jemaah yang menggunakan perkhidmatan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) pada pukul 7.30 pagi itu disambut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh.
“Alhamdulillah, pengendalian Tabung Haji dalam menguruskan jemaah, berjalan dengan baik dan lancar manakala penerbangan pulang pertama jemaah haji juga telah menepati jadual.
“Tabung Haji menyelesaikan apa-apa masalah yang dialami oleh jemaah haji kita di sana,” katanya dalam ucapan meraikan jemaah berkenaan.
Turut hadir, Pengurus Malaysia Airport Berhad, Dr. Ahmad Ramli Mahmood.

Sebanyak enam lagi penerbangan Jeddah-Kuala Terengganu akan menyusul iaitu esok dan seterusnya 15, 20, 21, 29 dan 30 November serta yang terakhir pada 1 Disember.
Sementara itu, rata-rata jemaah haji yang ditemui berkata mereka berpuas hati dengan pengurusan Tabung Haji ketika di tanah suci.
Bagi peneroka Felda Rasau Kertih II, Dungun, Ismail K.H. Muda, 66, yang bersama isterinya, Zaleha Embong, 60, ia perjalanan menggembirakan mereka apabila merasai pengalaman pertama berhadapan dengan manusia yang begitu ramai.
“Semasa tawaf widak, pada ketika itulah paling ramai sampai nak berjalan pun susah. Itulah antara dugaan yang menguji kesabaran kita sebagai tetamu Allah.
“Bagaimana pun dengan bantuan Tabung Haji, perjalanan lancar. Tahun depan pakcik mahu pergi lagi ke sana untuk menunaikan umrah bersama anak sulung pakcik,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Fatimah Abdullah, 60, yang berasal dari Bukit Depu, di sini, memberitahu, tempoh 55 hari di Mekah dan Madinah dirasakan cukup singkat walaupun sebelum ini membayangkan ia cukup lama.
“Alhamdulillah, lapan tahun menanti akhirnya selesai hari ini,” katanya yang pergi bersama suaminya, Abdullah Hassan Muda, 60.
credit: Utusan Malaysia
—————————————————————————————————–
Haji Mabrur, insyaAllah.. Kita pula, bila lagi?
Carian BHO
- umrah 2012 tabung haji
- lapangan terbang sultan mahmud
- jadual jemaah haji 2011 yang pulang ke malaysia 2 disember 2011
- jemaah haji
- haji pics
- haji 2012 airport terengganu
- haji 2011 malaysia
- haji 2011 kt 43
- jemaah haji selamat
- ketibaan jamaah haji
- debit visa kad bank islam boleh guna di saudi ke?
- muhammad ramli nuh
- pesawat mas kuala terengganu
- berita terkini jeddah umrah
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Kumpulan pertama pelajar dari Jeddah tiba pagi ini
- Kad Debit-i Visa untuk jemaah haji
- Guna pengalaman urus jemaah haji
- Petugas Tabung Haji Siap Sedia Sambut Ketibaan 26,000 Jemaah Haji
- 762 pelajar dari Jeddah tiba pagi ini
- Elak jemaah haji hilang
- Kumpulan ketiga pelajar dari Yaman selamat tiba
- Arafah: Perhimpunan seterusnya bagi jemaah haji
- Jemaah haji gagal keluar wang
- Lelaki Saudi pulangkan dompet jemaah haji berisi RM84,000