Lelaki pasang kabel kena kejutan elektrik

October 3, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang melakukan kerja pemasangan kabel di tapak bangunan kilang yang dalam pembinaan di Rembia, dekat sini, maut apabila dipercayai terkena kejutan elektrik, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, Chew Teng Teong, 37, dari Ujong Pasir dikatakan terkena kejutan elektrik pada voltan tinggi pada ibu jari tangan kirinya ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel elektrik.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana terkena kejutan elektrik berikutan ada kesan terbakar di bahagian ibu jari tangan kiri.

Katanya, sebaik menerima laporan, polis menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian itu dan pada masa ini mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply