Lembaga Hitam Dikesan CCTV Rumah


http://www.isrtusa.com/431_500_csupload_14918173.png?u=406241285

Dalam satu kejadian di sebuah rumah di Gombak semalam, seorang bapa sering melihat lembaga hitam melintas rumahnys menyebabkan dia mengambil inisiatif menginstall CCTV di rumahnya.

Ye lah manalah tahu kan boleh sumbang video ke  program hantu seekers atau misteri nusantara ke. :)

Lapor Surat khabar semalam – Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya.

http://wapiti.blogs.com/.a/6a00d8343dba6753ef014e88c1463c970d-800wi

Haa.. itu dia. tup2 dari lembaga hitam ada muka orang pula. Sekarang dah terbongkar siapa dia lembaga hitam itu. Adakah benda ini dah menjadi lumrah untuk budak sekolah berasmara dana dengan teman lelaki di rumah.

Semakin menjadi2 keruntuhan akhlak zaman sekarang. – BHO Blog

Sumber berita dari Harian Metro (Berita macam ini biasa lah,mesti Hmetro )


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. ‘Diculik’ lembaga hitam
  2. Sekolah digalak pasang CCTV
  3. 24 CCTV awasi penjenayah
  4. Perompak curi rakaman CCTV
  5. Tambah 1,200 CCTV di ibu kota
  6. Amah lari bawa set kunci rumah
  7. Bomoh kejar lembaga
  8. KTMB teliti CCTV stesen
  9. Kelibat Saiful dalam CCTV kondo
  10. Lembaga hantu di tepi tingkap

 

1 Comment

 

  1. admin November 11, 2011  1:22 am Reply

    Sambungan dari berita ini seorang pensyarah UM memberi komen dalam hmetro, apa2pun saya kurang setuju apa yang dia kata ini kerana dari berita lepas CCTV dipasang di luar bukan dalam bilik tidur. Dan sekurang2nya dapat mencegah maksiat tersebut bukan dibiarkan sampai kes buang anak berulang semula. :-|  Apa kata anda?


    -------------


    Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumah terutama di bilik tidur anak perempuan boleh mendatangkan aib kepada si anak yang membesar menjadi remaja.


    Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, meskipun ibu bapa mempunyai niat baik mahu menjamin keselamatan anak, namun tidak elok dibabitkan bilik tidur.



    “Perkara ini (pasang CCTV hingga bilik tidur anak) tidak seharusnya berlaku dalam rumah tangga (keluarga) yang tinggi nilai ketimurannya...ia langsung tidak sesuai, lebih-lebih lagi kalau bapa yang menjadi pengawal gerak geri,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang bapa yang memasang CCTV di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya akhirnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu teman lelaki anaknya yang menyelinap masuk.


    Berikutan itu, Dr Mariani berkata, ibu bapa yang mahu memasang CCTV sebagai alternatif mengawal pergerakan anak harus berfikir secara menyeluruh khususnya risiko pemasangan alat berteknologi itu.



    “Apapun, mengintai apa yang anak buat terutama anak perempuan bukanlah satu tindakan wajar kerana banyak lagi pendekatan yang lebih elok untuk mendidik mereka.



    “Anak ini kadangkala dia tahu dia bersalah, tentu dia malu (apabila ditangkap bersalah), tapi bila dia dapat tahu bapanya menyaksikan semua pergerakannya itu lebih memalukan,” katanya.

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah