Letupan Dari Bawah Tanah di JB


PENDUDUK kampung melihat kesan letupan yang dipercayai berpunca daripada saluran paip bawah tanah di Jalan Mohamad Taib, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Penduduk Kampung Wadihana di sini yang sedang bersarapan gempar apabila dikejutkan oleh satu bunyi letupan yang kuat di Jalan Mohamad Taib di sini semalam.

Kejadian letupan yang berlaku pada pukul 7.15 pagi itu dipercayai berpunca daripada saluran paip bawah tanah.

Letupan itu menyebabkan permukaan jalan tar merekah teruk dan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan berdekatan kejadian turut mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata, beliau dan keluarganya baru bersarapan apabila dikejutkan bunyi dentuman tersebut.

“Bunyi kuat macam bom, dentuman tersebut sekali saja, tiada gegaran atau sebagainya,” katanya.

“Saya rasa ia disebabkan tekanan yang kuat pada paip bawah tanah itu menyebabkan jalan ini pecah,” katanya.

Syed Najib menambah, bekalan air dari paip itu telah terputus sejak semalam kerana kerja-kerja penyelenggaraan saluran paip yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut.

Sementara itu, pemilik kereta yang rosak, Ismail Abdullah, 55, berkata, menjadi kebiasaan dia meletakkan kenderaannya di bahu jalan itu.

credit: CG Forum

—————————————————————————————————————————

Paip rupanya, mungkin sudah lama dan reput. Kesian kereta yang cedera.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Pekerja punca letupan gas asli
  2. Letupan lebih 10 kali
  3. Risiko letupan kuat dari dapur
  4. Letupan lepas solat Maghrib
  5. Hiasan unik di stesen tren bawah tanah
  6. Pasangan kekasih ‘terbang’ akibat letupan
  7. Empat cedera ringan dalam letupan dipercayai berpunca saluran gas bocor
  8. 31 maut letupan di Baghdad
  9. Potensi air bawah tanah
  10. 60 maut depot bahan letupan meletup

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah