Liana meninggal dunia akibat batuk kering

January 28, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


IPOH – Pelakon drama, Liana Sulaimanmeninggal dunia akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.

Liana, 34, yang juga adik kepada artis yang kini bergelar ahli perniagaan, Zarina Zainuddin meninggal dunia setelah terjatuh di dalam bilik air pada pukul 10 pagi.

Adik Liana, Hisham Lee, 30, berkata, Liana atau nama sebenarnya, Norliana Sulaiman yang menderita penyakit batuk kering setahun lalu pulang ke rumah keluarganya dua minggu lalu untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.


“Ketika berada di bilik air, Liana tiba-tiba menjerit meminta pertolongan.

“Saya dan ibu (Zahura Abd. Mutalib, 55), pergi ke bilik air dan mendapati Liana muntah darah dan dalam keadaan lemah,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia kemudian membantu Liana keluar dari bilik air dan menghubungi ambulans. Namun sebaik pegawai perubatan sampai, Liana telah meninggal dunia.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: BHO Blog

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply