Mahkamah bubar pernikahan wali perempuan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memutuskan untuk membubar pernikahan satu pasangan yang didapati telah bernikah dengan berwalikan seorang perempuan enam tahun lalu.
Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosli mengumumkan keputusan permohonan faraq (bubar) nikah itu secara tertutup di kamar hakim di sini.
Permohonan tersebut difailkan oleh suri rumah, Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah pada 14 April lalu.
Nurul Farhana, 30, yang memeluk Islam pada 1997 mendakwa dirinya diugut oleh kakak yang berperwatakan seperti lelaki supaya tidak memberitahu sesiapa bahawa dia sebenarnya perempuan.
Suaminya, Ahmad Salim Mohaideen, 30, yang berasal dari Batu Pahat, Johor juga tidak mengetahui rahsia itu sehinggalah pada 2008.
Sebaik mengetahui perkara itu, lelaki itu kecewa dan bimbang akan status perkahwinan mereka dan kedua-dua mereka bersetuju merujuk perkara itu ke mahkamah.
kredit : kosmo.com.my










