Makanan RM50 untuk 3 minggu

September 26, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


HANYA dengan sumbangan RM50, orang ramai boleh membantu golongan fakir miskin dan kurang upaya me neruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa sepanjang Ramadan ini.

Menerusi program Bantulah Mereka Berbuka 2009 anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM), sumbangan itu akan diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Pengurus Negara IRM, Zawahir Abdullah, berkata program tahunan itu bertujuan meringankan beban golongan ber kenaan menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan.

“Melalui kempen ini, orang ramai boleh menyumbang RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga.

“Pek barangan yang mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak, sardin dan kurma yang mampu meringankan beban keluarga terbabit antara dua hingga tiga minggu di bulan puasa,” katanya.

Tahun ini, IRM mensasar untuk mengagihkan pek makanan kepada 10,000 penerima bantuan di seluruh Malaysia.

“Kami mengharapkan sumbangan orang ramai bagi men jayakan kempen ini dan RM50 bukan jumlah yang besar kepada kebanyakan penduduk di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, pengagihan bantuan itu bermula sejak awal Ramadan dan sebanyak 75 pek makanan sudah diagihkan kepada golongan istimewa yang terdiri daripada 42 orang kerdil, 18 orang ibu tunggal di Selangor dan 15 kakitangan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

“IRM mengagihkan bantuan kepada golongan ibu tunggal di Kampung Seri Aman, Puchong dan beberapa keluarga Orang Asli sekitar Alor Gajah, Melaka.

Katanya, bagi masyarakat Orang Asli di Alor Gajah, mereka terdiri daripada Orang Asli beragama Islam dan beberapa keluarga yang baru saja memeluk agama Islam.

“Pengagihan ini juga dilakukan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut kunjungi laman web Islamic Relief Malaysia, www.irm.org.my atau hubungi talian 03-89486334.

kredit ~ hmetro.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , , ,

Category: Berita, Sosial, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply