Malaysia bukan kalis gempa – Pencemaran alam sekitar boleh mengundang kejadian gempa bumi di Malaysia
PETALING JAYA – Pencemaran alam sekitar dilihat boleh memberi kesan drastik kepada tekanan bumi dan mempercepatkan kemungkinan berlaku gempa bumi di negara ini.
Lebih menakutkan, Malaysia juga bukan lagi zon selamat dan kalis gempa seperti disangka sekiranya faktor itu tidak diberi perhatian sewajarnya.
Itu pendapat Pensyarah Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan yang menganggap fenomena itu tidak mustahil berlaku memandangkan siri gempa bumi yang melanda dunia telah memberi sedikit impak kepada keadaan geologi.
“Trend ini (gempa bumi) dilihat berlarutan dan kemungkinan fenomena tsunami yang berlaku lima tahun lepas mampu berulang. Justeru, teori yang menyebut negara ‘bebas gempa’ perlu dikaji semula,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, tempoh masa spesifik bila bencana itu berlaku tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada gelombang dan pergerakan kepingan kerak bumi.
Selain faktor semula jadi, katanya, antara petanda awal lain kepada ancaman tsunami di negara ini adalah migrasi burung dan berlaku penghijrahan hidupan laut dalam jumlah yang besar ke darat.
kredit to kosmo.com.my











8):? : (: Mrgreen:
More frightening, Malaysia is also not yet secure and resistant to the earthquake zone as ever before if the factor is not given due attention.
That opinion Lecturer Department of Geology, University of Malaya, Associate Professor Datuk Mohamad Ali Hassan who is not impossible to consider the phenomenon occurs as a series of earthquakes that hit the world had little impact on the geological conditions. 8): D: roll:: twisted: