Malaysia hantar pesawat ke Indonesia bantu padam kebakaran

September 12, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


SIBU 11 Sept — Malaysia bersedia untuk menghantar pada bila-bila masa pesawat penyembur air bagi membantu Indonesia memadam kebakaran dalam usaha menangani kejadian jerebu yang berlaku sehingga merentasi sempadan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata beliau telah menulis surat kepada rakan sejawatannya mengenai kesediaan pesawat Malaysia dihantar ke sana.

Memberitahu pemberita di sini hari ini, beliau berkata respon tersebut adalah hasil persetujuan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Peringkat Menteri Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam menangani jerebu merentasi sempadan tiga negara tersebut, di Singapura bulan lalu.

“Indonesia memberi pertunjuk pada mesyuarat tersebut bahawa ia mungkin memerlukan bantuan kita.

“Sekiranya ini berlaku, kita akan menyumbang dalam memastikan Hari Raya ini akan disambut terutama penduduk Sarawak dalam keadaan bebas dari jerebu.

Kita juga berdoa lebih banyak hujan turun di Kalimantan, katanya.

Uggah berkata hasil laporan satelit semalam, 700 tompok panas dikesan di Kalimantan berbanding kurang daripada 50 di Sarawak sebelum itu.
BHO Blog ~ emm.. nak ganyang negara lain negara sendiri terbakar. Banyak2kan bermuhasabah diri. Sekarang nikan bulan puasa, bulan keredhaan Allah dimana terbuka seluas2 pintu jannah. Mengapa permusuhan juga yang dicari berlandaskan perkara yang sgt keduniaan shj iaitu tarian. Bukan boleh dibawa menari di akhirat, WaAllahualam.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply