KENINGAU: Malaysia harus memperoleh kepakaran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk berdaya saing pada masa akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, dalam dunia yang pesat membangun ekoran momentum ICT globalisasi yang semakin berkembang, negara ini harus menggandakan kepakaran sumber manusianya.
“Memandangkan keadaan ini sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka usaha untuk mewujudkan masyarakat celik ICT sudah bukan lagi satu pilihan.
Menurut Pairin, pembangunan kemudahan infrastruktur dan komunikasi juga harus dilakukan tanpa menjejaskan kehidupan masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar.
“Untuk itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) telah menggariskan strategi untuk merealisasikan usaha itu, dan salah satu daripadanya adalah melalui pemberian komputer riba 1Malaysia kepada rakyat Malaysia yang kurang kemampuan,” katanya.
Beliau bercakap semasa majlis perasmian dan pembahagian Komputer Riba 1Malaysia 2012 di dewan Arked Keningau baru-baru ini.
Pairin memuji inisiatif yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta semua mereka yang terlibat dalam usaha mereka melaksanakan program itu dengan jayanya.
Beliau berkata, objektif program yang dirancang kerajaan itu adalah untuk memastikan saluran terus komunikasi diberi kepada rakyat, terutamanya kepada mereka yang memerlukan, sambil pada masa yang sama menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar.
“Alat itu penting untuk kita menerokai dunia siber tanpa sempadan untuk mencari maklumat, pendidikan dan hiburan serta hal ehwal perbankan dan juga perniagaan,” katanya.
Turut hadir ialah, Adun Bingkor, Datuk Justin Guka, Timbalan Pengarah SKMM Sabah, Jusely Ellis, Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan, Rosdi Padiman, Ketua PBS Liawan dan Datuk Jake Jikulin Nointin.
Sumber: Portal Berita Keningau
Carian BHO
- penguatkuasa mbsa didenda
- berita hari ini sandakan
- harian borneo sabah
- berita keluaran 22 ogos 2006
- kemation s gurmeet kaur
- berita kematian along spoon video
- berita sabah kini sandakan
- penguatkuasa mbsa berita harian
- berita harian sabah /serawak
- berita minngu ict 2012
- berita di sabah
- lokasi lombong emas di sabah
- masa depan ikatan relawan rakyat rela
- keratan berita harian along spoon
- www sabahberita com
- masalah usahawan iks luar bandar dalam berita harian
- pembahagian komputer riba
- tempatan berita
- waktu meniaga uptown danau kota 2012
- perusahaan makanan ringan di setapak
- portal ipgk perempuan melayu
- sabah harian terkini
- surat berita harian sabah
- utusan uptown danau kota surat
- surat khabar majalah tentang berita jeruk madu pak ali
- keratan akhbar tentang jeruk madu pak ali
- keratan akhbar tentang jeruk
- berita harian ict
- berita hariansabah online
- Berita ict 2012
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Perancis mahu bidang baru diterokai dengan Malaysia: Najib
- Kekalkan sistem sekarang untuk Malaysia terus maju
- Malaysia ideal, selamat untuk pekerja Indonesia
- Pekerja kita tidak berdaya tahan – Mukhriz
- Gerakan orang cina untuk menjadi perdana menteri malaysia
- ‘Jangan ketepi kepakaran tempatan’
- 4,733 rakyat kita dapat dibawa keluar dari Mesir
- Warga emas dapat kerakyatan Malaysia
- Bidang Kerja Jururawat: Penyertaan lelaki positif
- Keretakan pembangkang harus beri kesedaran baru kepada rakyat: TPM