KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini semakin meningkat manakala di Terengganu jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan berkurangan berikutan semakin ramai telah boleh pulang ke rumah masing-masing.
Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan, Shahnaz Nurul Amin berkata sehingga pukul 3 petang ini bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh negeri meningkat kepada 2,328 berbanding 2,023 tengah hari tadi.
Mereka terdiri daripada 1,322 di Pasir Mas, Tanah Merah (706); Machang (183); Kota Baharu (29); Bachok (61); dan Pasir Puteh (27), katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, katanya Bilik Gerakan Banjir Kuala Krai yang dibuka pagi semalam ditutup petang ini berikutan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan telah pulang ke rumah masing-masing.
Katanya Jawatankuasa Bencana Alam Negeri kini membuat persediaan rapi untuk menghantar bekalan makanan di beberapa pangkalan hadapan di jajahan Tumpat yang biasanya akan dilanda banjir apabila air di hulu Sungai Kelantan semakin surut.
Katanya pihak jawatankuasa bencana alam daerah Pasir Mas menghadapi masalah untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Masjid Gabus, Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kual kerana beberapa jalan terputus hubungan akibat ditenggelami air.
Bacaan di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya 10.42 meter (bahaya 9 meter) tetapi bacaan di sungai yang sama di Jenob, Tanah Merah, paras air kini telah surut ke bawah paras bahaya 22.63 meter (bahaya 23.50 meter). Bacaan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah juga masih melepasi bahaya 17.26 meter (bahaya 16 meter).
Katanya hanya jalan utama menghubungkan Kota Baharu ke Pantai Cahaya Bulan di Kampung Tikat masih terputus hubungan.
DI TERENGGANU, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkata semakin ramai mangsa banjir meninggalkan pusat pemindahan banjir untuk pulang ke rumah masing-masing.
Sehingga pukul 4 petang, hanya tinggal 1,107 daripada 278 keluarga masih ditempatkan di 21 pusat pemindahkan di daerah Besut, Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu, katanya.
Katanya di Besut, masih ada seramai 32 mangsa banjir daripada sembilan keluarga berada di dua pusat pemindahan, Dungun (534 daripada 119 keluarga di tujuh pusat pemindahan), Setiu (432 daripada 111 keluarga di 10 pusat pemindahan) manakala di Hulu Terengganu hanya tinggal 109 daripada 39 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir.
Kebanyakan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan juga telah dibenarkan pulang namun ada yang memilih untuk terus tinggal di pusat berkenaan buat sementara waktu kerana khuatir gelombang kedua banjir berlaku.
“Sebanyak 32 pusat pemindahan telah ditutup sejak tengah hari tadi, namun pegawai petugas MKN dan 19 agensi terlibat sentiasa peka dengan perkembangan terbaru situasi banjir. Pusat pemindahan akan dibuka semula sekiranya banjir yang mulai pulih hari ini berlaku lagi dalam masa terdekat,” katanya.
Paras air sungai juga semakin surut, dengan paras air di hampir semua sungai berada di bawah paras waspada.
Semua jalan utama di daerah-daerah yang sebelum ini teruk dilanda banjir kini boleh dilalui, kecuali jalan Pengkalang Merbau Tiong-Pelong ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air setinggi 0.6 meter, manakala jalan Permaisuri-Hulu Seladang ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sehingga satu meter.
Jalan utama Terengganu-Pahang dan Terenganu-Kelantan tidak terjejas dan boleh dilalui semua kenderaan, katanya.
Di ALOR SETAR, seramai 474 orang di Daerah Padang Terap telah dipindahkan ke 11 buah pusat pemindahan di daerah itu petang Sabtu.
Jurucakap bilik gerakan banjir, Salim Mahmud ketika dihubungi berkata jumlah itu membabitkan 119 keluarga dari 11 buah kampung di daerah berkenaan.
“Antara kampung terlibat ialah Kampung Tanjung, Kuala Jani, Kuala Semeliang, Rambutan, Kejai dan Malau”.
Katanya paras air Sungai Padang Terap kini melebihi paras bahaya 19 meter (bahaya 17 meter).
– BERNAMA
Carian BHO
- berita banjir di kelantan
- berita bencana alam banjir
- perkembangan banjir terengganu
- keadaan banjir di terengganu
- keadaan banjir di thailand
- keadaan banjir di kelantan
- keadaan banjir di terengganu 2011
- keadaan banjir dimalaysia
- berita harian banjir di kelantan
- banjir diterengganu
- perkembangan banjir di terengganu
- keadaan di trenggannu malaysia
- keadaan banjir terkini di trengganu
- Pusat Gerakan Banjir
- keadaan banjir terengganu terbaru
- keadaan banjir negeri malaysia 2011
- surat permohonan cuti banjir
- keadaan banjir hari ini
- video perkembangan banjir di kelantan
- kelantan banjir 2011
- puntung rokok dna babi khinzir
- keratan akhbar banjir di malaysia
- perkembangan banjir di kelantan november 2011
- perkembangan banjir di kelantan
- perkembangan banjir kelantan terengganu jalan ditutup
- paras air bawah tanah di pasir mas kelantan
- perkembangan semasa banjir dikelantan
- perkembangan terkini banjir terengganu
- mangsa banjir metro
- laporan banjir terkini terengganu
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Banjir Di Kelantan & Terengganu Semakin Parah
- Paras air Sungai Dungun, Setiu naik
- Kelantan bimbang kadar jenayah kian meningkat
- Kapal persiaran RM1.2 juta untuk susuri Sungai Terengganu
- 51 maut, 280,000 dipindahkan ribut Ketsana landa Filipina
- Najib Umum Pemberian Wang Ehsan Untuk Kelantan Mulai 2010
- Calon UMNO utk Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu & Nenek
- Pemandu Pelancong Bandar Di Terengganu Pemalu
- Elaun wakil rakyat Kelantan wajar naik: Nik Aziz
- Operasi mencari dua mangsa hanyut diperluas