Manusia tertua di dunia

July 9, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



TBILISI – Pihak berkuasa negara Georgia semalam mendakwa terdapat seorang wanita yang menetap di sebuah kampung terpencil yang kini berusia 130 tahun.

Seorang jurucakap pejabat pendaftaran kebangsaan berkata, wanita itu dikenali sebagai Antisa Khvichava (gambar) dari bahagian barat Georgia dilahirkan pada 8 Julai 1880.

Menurutnya, umur itu menjadikan dia sebagai manusia tertua di dunia yang masih lagi hidup.

Kakitangan-kakitangan pejabat pendaftaran itu mengunjungi Khvichava di kampung Sachire dan mereka ditunjukkan dengan dua dokumen era Soviet yang menyatakan tarikh lahir Antisa.

Wanita tersebut mendakwa bersara sebagai pengutip daun teh dan jagung pada 1965 ketika berusia 85 tahun.

Kumpulan Penyelidik Gerontologi di Amerika Syarikat yang juga pihak berkuasa rasmi bagi membuat pengesahan manusia tertua dunia untuk Guinness World Records masih menyenaraikan individu tertua yang masih hidup setakat ini ialah Eugenie Blanchard dari Perancis berusia 114 tahun. – AP

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara, Unik

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply