Maut selepas akad nikah



Mohd. Faiz (kiri) begitu sedih melihat keadaan kereta yang mengorbankan Mohd. Ariff, ibu dan bapanya di Jalan Kangar-Padang Besar, Perlis semalam.


PADANG BESAR – Cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan semalam.

Mohd. Ariff, 23, maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas membawa 27 penumpang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 1 petang.

Turut terkorban, ibu dan bapa Mohd. Ariff iaitu Habsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 53, serta jurugambar pada majlis akad nikah Mohd. Ariff, Mohd. Farhan Musa, 18.

Keempat-empat mangsa itu terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Ab. Kadir. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas sekolah yang dijadikan bas persiaran itu tidak cedera.



Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer.

kredit : kosmo.com.my


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Pengantin baru akad nikah antara empat maut kemalangan
  2. STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
  3. Hari Ini Nikah Esok Bersalin
  4. Warga emas maut nahas kereta
  5. Warga emas, remaja maut dalam nahas di Pahang
  6. Pelajar kita antara tiga maut nahas di India
  7. Banduan dibicara semula selepas 16 tahun
  8. Dibelasah kerana enggan nikah…
  9. Empat beranak maut van rempuh pokok
  10. Nyaris maut ketika cuba selamatkan buku terbakar

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah