Mayat bayi lelaki ditemui ditanam

May 26, 2010 | By | 10 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui ditanam berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, Klang kelmarin.

SHAH ALAM – Dua lelaki terperanjat apabila melihat pancutan darah ketika mereka sedang menggali longgokan tanah yang rupa-rupanya tertanam mayat seorang bayi lelaki cukup sifat berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini kelmarin.

Mayat bayi dibaluti kain putih yang ditanam sedalam kira-kira 0.5 meter itu ditemui pukul 9.15 malam selepas kedua-dua mereka dimaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah yang kelihatan seperti kubur oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ketua Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya memberitahu, dia terus mengajak seorang sukarelawan polis, Nor Sharijan Mohd. Yusof untuk mengali tanah itu sebaik dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.

“Ketika kami sedang mencangkul tanah tersebut, kami berdua terperanjat besar apabila ternampak pancutan darah dan selepas menggali sedalam 0.3 meter, kami nampak mayat bayi itu yang dibalut dengan kain lampin putih.

“Selepas diamati, bayi tersebut masih bertali pusat serta mempunyai anggota badan yang sempurna. Kami kemudian memaklumkan mengenai penemuan itu kepada polis,” katanya di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (10)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. coleh says:

    sedihnye!!!  :cry:
    kalo dpt mak bapak bayi nie…
    aku cincang sampai lumat.. :x

  2. Fi says:

    Setiap perbuatan pasti mendapat balasan…
    Sedih mmg sedih,diaorang x pk pnjg,terima jelah pembalasan nanti…apelah nak jadi………….
    kejam!

  3. dannyana says:

    nak nangis tp dah x der airmata,nak kata dah x kluo suara,nak fikir tp akal dah buntu…….KENAPALAH KAMU SANGAT KEJAM HAI MANUSIA JANTAN N BETINA…….HAIWAN KEBINATANGAN BETUL………

  4. fizra_dtr says:

    mmg da buang tebiat manusia yg sanggup buat macam ni kat darah daging sendiri..tak BERTAMADUN LANGSUNG!!!!!!… :o    mmg gler!! walaupun bayi ni “anak haram” sekurang-kurangnya dia tetap masuk syurga..amin :?:

  5. Anuar Mohd Yusof says:

    Ya Allah..  kau ampuni lah hamba mu ini… agar kembali kejalan yang engkau redhdai… Mari lah kita ambil ikhtibar dari nya. Perkara berlalu sebagai sempadan dan kita harungi lah ianya dengan tabah dan beriman.  

  6. iena says:

    mmg manusia yang kejam dari binatang yang sanggup buang anak ni. Daripada korang buang bayi tu, kan lbh elok korang kasi bayi tu kpd psgan yang takde anak.. :x

  7. alfa al-ghazali says:

    Selagi al-Quran dibelakangkan, selagi itulah gejala ini tidak akan berhenti…..Selagi hukum Allah dibelakangkan, selagi itulah gejala ini tidak berhenti… Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada umatmu ini…. :lol: :idea: :idea:

  8. Shah says:

    kenapa perlu dibunuh nyawa yg tidak berdosa. Kenapa perlu ditambah dosa yg ada.kenapa perlu diteruskan kejahilan ini.Kenapa …kenapa & kenapa…
    Ya allah…. ampunilah kami hambamu yg lemah ini.kpd yg melakukan kesalahan… kembalilah ke pangkal jln… usah ditambah dosa yg ada… Tolonglah!!!!!!!!!!!

  9. mona says:

    kenapa begitu sekali sifat manusia ni…..tiadakah walau sekelumit kasih sayang….ya allah berilah petunjuk kepada kami…..:cry:

  10. auntjj says:

    apahallah kejamnya hati kamu membunuh zuriat sendiri tanpa perikemanusiaan.Kenapa semasa melakukuan hubungan seke kamu tidak memikirkan akibatnya.bayi ini tidak berdosa tunggulah balasan dari tuhan terhadap manusia yang bertopengkan iblis macam kamu ini :!

Leave a Reply