Mayat lelaki, kereta ditemui dalam tasik
PUCHONG –“Saya dapat lihat kereta berkenaan tenggelam ke dalam tasik perlahan-lahan sebelum hilang terus daripada pandangan,” kata, Amir Ishak, 46, saksi yang melihat kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam tasik di Desa Millennia, Taman Puchong Perdana, di sini, lewat malam kelmarin.
Amir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, salah seorang jirannya dalam keadaan tergesa-gesa mengetuk pintu rumahnya dan memaklumkan terlihat sesuatu yang mencurigakan di tasik berkenaan.
Katanya, dia yang terkejut kemudian bergegas ke kaki lima pangsapuri yang didiami dan mendakwa terdengar bunyi deruman enjin kenderaan yang kuat sebelum melihat sebuah kereta menjunam ke dalam tasik berkenaan.
“Ketika itu saya lihat lampu kereta masih menyala dan ia terus meluncur dari kawasan tebing tasik menjunam masuk dalam air.
“Sebaik kereta berkenaan hilang daripada pandangan, saya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya yang tinggal di perumahan Pangsapuri Lotus Prima yang terletak berhadapan dengan tasik itu.
Amir berkata, beliau bersama pihak polis kemudian ke tempat kejadian dan mendapati terdapat wang RM5, bedak muka wanita dan pemegang pintu kereta di kawasan tebing.
“Saya tidak pasti berapa orang ada dalam kereta itu namun kerja-kerja menyelamat dijalankan polis dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat sehingga hari ini (semalam),” katanya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, Jasni Ali berkata, 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Unit Udara, Unit Skuba Shah Alam dan Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: BHO Blog







