Media Dilarang Siar Gambar Sultan Ismail Petra


http://3.bp.blogspot.com/_e8qCA2hPqpc/S6SMW3zh_hI/AAAAAAAAB9g/mqsWveA6ayM/s400/kdymm-berangkat-pulang_0022.jpg

Gambar Hiasan

KOTA BAHARU, 19 Nov — Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melarang semua media massa menyiarkan sebarang bentuk gambar baginda berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata jawatankuasa berpendapat pada masa ini adalah tidak sesuai bagi media massa iaitu televisyen, akhbar-akhbar dan mana-mana penerbitan termasuk secara maya menyiarkan sebarang bentuk gambar-gambar baginda.

“Oleh itu, semua penyiaran sebarang bentuk gambar-gambar baginda adalah dilarang sama sekali dan arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau bagaimanapun berkata larangan itu tidak melibatkan berita-berita mengenai baginda yang dianggap boleh memberi kesan positif serta tidak bercanggah dengan etika kewartawanan.

Difahamkan sebelum ini beberapa akhbar tempatan menyiarkan gambar Sultan Ismail Putra yang masih gering di majlis santapan makan malam sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, di sini, Jumaat lepas.

Zainuddin berkata jawatankuasa itu menerima maklum bahawa pada masa ini Sultan Ismail Putra masih lagi menerima rawatan berterusan dan menunjukkan sedikit peningkatan kepada status kesihatan baginda.

credit: CG Forum
—————————————————————————————————

Menurut perintah tuanku….


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Sultan Ismail Petra beristirehat di Pantai Kandis
  2. Dua peguam tarik diri wakili Sultan Ismail Petra
  3. Petisyen Sultan Ismail ditolak
  4. Pemasyhuran Sultan Kelantan tak sah, Tuanku Ismail mahu cabar
  5. Warkah Sultan Ismail kepada dunia
  6. Sultan Kelantan dibawa bersiar-siar di Kota Bharu
  7. MB dakwa kenyataan media bukan daripada Sultan
  8. Elia Suhana masih isteri Sultan Ismail
  9. Sultan Johor kunjung Sultan Kelantan
  10. Hurriyet siar gambar tentera Israel kena serang

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah