Menara Alor Setar
Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Star, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.
Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur.
Pemandangan panorama bandar Kedah dari Aras 88 meter, terdapat juga restoran berputar di aras 94meter. Harga tiket iaialh RM6 bagi dewasa.
kredit : http://malaysiamytrip.blogspot.com
kredit : wikipedia.org
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Malaysia











