Mualaf bunuh ustazah, anak didakwa

September 16, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



ALI TAN

SEREMBAN – Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah sewa mereka di Port Dickson dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh dua beranak itu pada 2 September lalu.

Tertuduh, Ali Tan Abdullah, 34, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret M. Mageshwary.

Mengikut pertuduhan, Ali Tan didakwa membunuh Norliza Ishak, 35, di rumah bernombor B5-1-09B, Flat Win Min, Pasar Baru, Port Dickson antara pukul 3.15 petang pada 2 September 2010 hingga pukul 10.15 pagi pada keesokan harinya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga jiran mangsa didakwa turut melakukan perbuatan sama terhadap anak mangsa, Amirul Ayman Yusoff, 10, di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply