
Dalam laporan terbaru dari Bharian / Bernama, TPM Malaysia memberi pendapat dan gambaran bahawa AUKU boleh dipinda atau dihapus terus jika para pelajar bisa untuk fokus dalam pelajaran.
Dilihat sebagai fleksibiliti dalam pendirian Putrajaya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa “digagahi” oleh pihak lain.
Perkembangan ini dilihat perkembangan terbaru selepas dua minggu Mahkamah Rayuan memberi keputusan kes mencabar pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia dan AUKU baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata sebelum ini, kerajaan memperkenalkan AUKU pada 1971 disebabkan oleh beberapa insiden, dan pengenalan akta itu ialah supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran di universiti serta kolej dan tidak “diganggu” dengan kegiatan luar.
“Saya nak soal balik? Adakah anda sudah bersedia atau tidak? (terlibat dalam politik dan pada masa sama tumpukan terhadap pelajaran).
“Kalau ya, kenapa tidak. Mungkin kerajaan tak perlu akta (AUKU) kot atau pun kita meminda akta itu untuk memberi ruang supaya pelajar boleh membuat keputusan tanpa digagahi oleh mana-mana suatu kuasa perundangan,” katanya dipetik Bernama Online.
“Ini kerana saudara dan saudari sudah kata tahu apa yang patut dibuat dan kerajaan tidak perlu bimbang bahawa kami (mahasiswa) akan menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran. Ini pandangan kasar saya,” kata beliau apabila diminta memberi pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun, mempersoal sama ada mahasiswa sudah bersedia dan cukup matang untuk membuat keputusan sendiri yang bijaksana tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.
“Kalau pelajar hari ini kata kami bersedia, kami sangat matang dan boleh membuat keputusan mengenai apa yang baik untuk kami, kami tidak perlukan sesiapa untuk mengawal kami. Kita tidak perlu apa-apa kekangan, kita tidak akan melakukan sesuatu yang tidak memanfaatkan kita,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang membimbangkan masyarakat ialah penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.
“Ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat dan menjadikan kampus gelanggang politik yang tidak membawa hasil dalam usaha melahirkan sumber manusia berilmu,” katanya.
Apa2pun, silalah baca apa yang saya highlight di atas. Oleh kerana ada kot jadi masih belum memberi konfirmasi yang dicari-cari. Secara peribadi saya berpendapat pelajar perlu diberi kebebasan bersuara dan boleh memberi pendapat masing2 seperti yang berlaku di negara luar.
Anda rasa macamana?
Carian BHO
- sarang pelacur alor star
- berita AUKU
- keputusan auku terbaru
- pendapat auku dipinda
- pendapat tan sri muhyiddin yassin berita harian
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Muhyiddin bangga pencapaian pelajar
- Kementerian tak boleh halang pelajar nak nikah
- Hilang iktibar sejarah jika tidak boleh sentuh sensitiviti
- Penganut Islam di Malaysia tak boleh tukar agama, kata bekas hakim
- Mufti: Sebat Kartika bukan Hudud, boleh dipinda
- Boleh serbu pelajar asing
- Pelajar boleh pulang ke Mesir
- Guru geram pelajar kata “celaka cikgu”
- Sedia pelan alternatif jika krisis berlarutan
- Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru – Muhyiddin