Murid Pertama Sek Keb Pulau Aman Peroleh 5A Dalam UPSR


http://1.bp.blogspot.com/_cIxKi4xfTvk/SukhtBzNkiI/AAAAAAAAAAw/uuLTJruSjAE/S1600-R/sk+pulau+aman+kecil.JPG

PULAU AMAN (Pulau Pinang), 20 Nov — Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, di sini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pelajar pertama sekolah itu yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Khamis lepas.

Ketua Kampung Pulau Aman Yaacob Talib berkata Mohd Nabil Naim Ghazali, 12, merupakan pelajar pertama sekolah itu yang mendapat keputusan cemerlang sejak UPSR diperkenalkan pada 1987.

“Setahu saya sejak diperkenalkan UPSR dan sekolah itu ditubuhkan kira-kira 100 tahun lepas, belum ada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang seperti Naim.

“Kami berbangga dengan keputusan yang diperolehnya dan berharap ia akan menjadi pendorong kepada pelajar lain di Pulau Aman agar berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya seperti beliau (Naim),” kata Yaacob yang menjadi Ketua Kampung sejak 20 tahun lepas.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama penduduk Pulau Aman hari ini dan pada majlis itu, Abdullah turut meluangkan masa bertemu dengan Mohd Nabil Naim.

Sementara itu Mohd Nabil Naim yang lebih mesra dipanggil Naim tidak pernah menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang.

“Keputusan itu berkat usaha guru-guru terutama cikgu Mohd Nazif Othman yang banyak membantu dan membimbing saya dalam pelajaran sehingga berjaya,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Naim yang bercita-cita menjadi doktor, berkata tiada sebarang rahsia untuk berjaya sebaliknya beliau sentiasa berusaha dan berdoa agar memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ditanya sama ada beliau diberi sebarang hadiah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, pelajar itu berkata hadiah yang paling bermakna baginya ialah apabila berkesempatan bertemu dengan bekas Perdana Menteri hari ini.

“Ini kali pertama saya bertemu dengan pemimpin negara dan ia adalah hadiah yang paling bermakna, Tun (Abdullah) turut mengucapkan tahniah dan menasihatkan saya agar terus berusaha gigih untuk berjaya pada masa depan,” kata anak kepada seorang nelayan itu.

credit: CG Forum
—————————————————————————————————

Tahniah!


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Keputusan UPSR 4 sekolah Sabah disemak semula, umum Isnin
  2. 48327 calon UPSR cemerlang A
  3. Banjir tidak halang pelajar ambil UPSR
  4. Laporan cadangan mansuh UPSR, PMR siap
  5. 3,000 murid tidak mampu belajar
  6. 46,012 calon UPSR dapat semua A
  7. Kementerian Pelajaran tidak akan berkompromi
  8. ‘Tiada lebih aman selain negara sendiri’
  9. Pelajar UPSR putus jari akibat mercun
  10. Lebih 9,000 calon dapat semua A

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah