Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru Disiplin
SUBANG JAYA, 27 Okt (Bernama) — Seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.
Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi semalam.
Kavitah berkata anaknya terlewat tiba di sekolah akibat terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas.
Kavitah berkata pagi ini dia membawa anaknya itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan dan anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.
“Tindakan guru itu memukul anak saya tidak sepatutnya berlaku apatah lagi anak saya seorang perempuan. Saya hanya mendapat tahu mengenai kejadian ini daripada anak saya ketika menjemputnya pulang dari sekolah selepas tengah hari semalam,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong di sini.
Kavitah kesal guru besar mahupun guru disiplin enggan meminta maaf apabila beliau ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu.
“Justeru saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana mahu anak saya mendapat keadilan dan supaya guru itu tidak sewenang-wenangnya memukul pelajar. Saya tidak mahu pelajaran anak saya terjejas,” katanya.
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita











saya seorg guru. Bagi saya tak perlulah guru bertugas sampai bab tampar menampar. Pelajar lewat ke sekolah ada sebabnya. siasatlah dulu. Guru bertugas tak ada hak utk menyakiti pelajar . Yang perlu dilakukan ialah catat nama pelajar, masukkan ke dalam buku kehadiran lewat, dan jika berlaku berulang pelajar tersebut dirujuk kepada guru kaunseling sekolah. Utk guru jadi contoh bukan jadi penghukum..
siasat dulu hal ini. saya pun guru gak. dah macam macam kes yang saya dengar dan kadang-kadang tu ibubapa yang lebih-lebih. takkanlah semua guru termasuk gurubesar sekolah tu bodoh sangat tak mahu minta maaf pulak. kalau benda ni tak betul, saya cadangkan pihak sekolah saman balik akhbar dan ibubapa. ngada ngada buat cerita.
tak sesuai jadi cikgu..jadi penjahat lagi bagus..
cikgu bukan hanya pandai mengajar dalam kelas,,, tapi perlu bijak kawal emosi..rsanya manusia yg menampar pelajar tue adalah golonganyg tenson menjadi guru.. jadi guru kerana trpaksa… guru pilihan terakhir dia kot.. bodoh plus dayus….
Kalau seorang guru bertindak demikian, kdg2 kita kena melihat bagaimana kehadiran murid kita…
saya tidak menyokong sesiapa…cuma,
PERTAMA :::::
kalau murid tersebut terlalu kerap lewat sampai ke sekolah…parent juga kena ambil tindakan dengan menghantar anak2 ke sekolah lebih awal supaya tidak terperangkap dalam kesesakan lalulintas…ikut la bagaima inisiatif parent tersebut..
KEDUA:::::::
bagi guru pula, memang tindakan tersebut tidak wajar apatah lagi setelah anda bergelar seorang kakitangan kerajaan yang profsional…seharusnya bijak menangani masalah yang di hadapi…bukan dengan mengikut kata hati..n biarlah masalah peribadi jangan di campur adukkan dengan maslah di tempat kerja…
jangan terlalu menghentam guru. guru mencurahkan bakti yang tak terhingga kepada setiap anak murid dan hanya ingin melihat anak-anak ini sempurna akhlaknya dan berjaya kelak. disiplin murid pada maas sekarang amatlah membimbangkan.. murid kurang ajar sudah menjadi kebiasaan, apatah lagi menganggap guru itu dan ini tanpa mengetahui perkara sebenar… kepada yang suka menuding jari atau menuduh guru itu dan ini, ingatlah anda juga pandai kerana guru. lagipun cerita ini hanya daripada satu pihak sahaja, jadi sebagai orang yang berpelajaran kita tidaklah boleh menuduh sesuka hati sehingga mengetahui cerita pihak yang sebelah lagi… sama-sama fikirkan…
Guru ni memang melampau & phsyco dah..
nama dia Norliza, Guru Besar diapun sama gak tak profesional… bila mesyuarat PIBG, guru disiplin ni tak datang & Guru besar sendiri tak boleh jawab apa2 jua soalan yang diajukan oleh parents.. Tak tahu cammana dua2 orang ni boleh jadi guru? dahlah tak profesional, tak pandai pulak tu… & pilih kasih, saya katakan begitu kerana anak saya salah seorang pelajar yang selalu dianiaya oleh kedua2 guru tersebut. Guru Disiplin tersebut tension sebab anak dia tak dapat mengalahkan anak saya dalam semua mata pelajaran yang diajar oleh guru lain didalam kelas anaknya. satu lagi disebabkan anak saya tidak memakai tudung ke sekolah, Oleh itu guru ini selalu menyindir anak saya.. dengan mengatakan yang dia tak redha ilmu yang dicurahkan kepada pelajar yang ingkar memakai tudung seperti yang diarahkan. guru ini juga anti India (perkauman) kerana pernah mengeluarkan surat pekeliling kepada murid2 melayu dan cina dengan megatakan bahawa semua samseng yang ada di Malaysia ini majoriti adalah Orang India. Macammana surat tersebut boleh diedarkan tanpa pengetahuan guru besar? Apakah fungsi Guru Besar dan kenapa tindakan tidak diambil terjadap guru disiplin tersebut?
Mama Vogue, are u professional?? who are you to judge the teacher, the Headmister and the school yang dah mendidik anak you dari darjah 1D sehingga darjah 6B? Common.. i know you well … you should appreciate them more and be thankful. If you really care and concern do some investigation then only give comment in public forum.
hello mak fatin..mak sye x ckp pon mcm 2..cube mak cik pikirkan..zaman dulu lgi trok hukumannye..cube tnye mak mak cik sndiri…mak cik dah la org islam..mak cik sndiri pki tdong..nie nk sroh ank mak cik x pki tudung..kn dosa..mk sye cume mnasihatkn ank mak cik mmki tudung krn jika tdak dnshtkn..mk sye akn mndpt dose yg besar..yg laen2 nie knape ckp x siasat dulu..sbnrnye mk sye bkn mnmpar ttpi mnpis muke bdak tu je..mk sye mne ade tension sbb x dpt mengalahkn ank mk cik dlm sume mte plajarn..mk sye puji si fatin tu ade laa..mne ade mk sye anti india..kalau die anti knape mk sye boleh brbual msre dgn visnuu kumutha tu sume..korang sume nk tau x mk sye mngis ats sume tuduhn yg dlmprkn..sye knal la mak sye tu..yg mk cik nie bnyk komplen nie pahal..cube mk cik jd ckgu dspliin msti tnsion..suke hati ckp mk sye psycho..sbnrnye mk cik yg mcm tu fhm..??
Mama Vogue was right, There was another teacher with the same case “slapping Students” recently while the headmistress kept quite, looks like cover her subordinates.Action need to be taken against the headmistress either. “Ibubapa Prihatin SKPBP2″, you don’t know head & tail and don’t simply cover their evil.
Saya pun guru juga. Kes ini dah selesai dan telah keluar dalam sebuah akhbar. Harap pihak akhbar BH siarkan kebenaran cerita ini dan tidak tergantung begini kerana imej guru ini serta semua guru telah tercemar.
Fikirlah sendiri mengapa perkara ini dibesar-besarkan.
@guru prihatin ~ ada sebarang link kepada berita tersebut. BHO Blog ialah BHO Blog , akhbar BH ialah BHarian
sape yg ckp bkn2 pasal p.norliza tuh korang mmng salah !
kami knal sngt dgn p.norliza !
laen kali kalo na ckp ape2 siasat dulu !!
jgn mane serjah jeh !!
bwat mama vouge ; da nmew pon ustzh noorliza !!!
mmng keje die ntok mmberitahu ape yg salah & benar kpd kami ! bile masuk dlm kubur nnti mk cik yg d soal knp ank mk cik x paki tdong !! org ke2 semestinye ustzh ! mk cik boleh jwb kn ke ntok ustzh !!!
jgn salah anggp dgn p.noorliza !
SIASAT dulu bru tahu !
ckp je lebih !
(maaf sbab cmpor ursan org dwasa tp demi mnjga nama baik ustzh yg mengajar kami smpai kami brjaya)
Hello brader, kalau nak pukul orang…carilah sama saiz bodoh. Itupun pukul budak pompuan, tahun tiga je. Macam mana la engkau ni. Patut engkau masih kena belajar, sape yang buat kau jadi cikgu. kalau kau betul anak jantan, pukul lah bapak dia..bodoh
Kalau ditampar sekalipun bukan nak redakan masalah, kalau aku student yang kena tampar tu memang aku tak boleh fokus