Muslihat hidupkan fahaman komunis

June 27, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



ABD. RAHIM (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada kumpulan dipercayai ahli PSM di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

 


 

KEPALA BATAS – Polis percaya kumpulan 31 warga tempatan yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, dekat sini ketika menaiki sebuah bas petang kelmarin, cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, ia berdasarkan penemuan pelbagai bukti yang ditemui dan dirampas pihak polis di dalam bas yang dinaiki oleh kumpulan tersebut.

“Kumpulan itu dilihat cuba mewujudkan semula fahaman komunis menerusi Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan nanti.

“Ini satu perkara serius yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini semalam.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Menurut Abd. Rahim lagi, beberapa barangan yang dirampas daripada kumpulan terbabit dengan jelas cuba menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dengan menyertai Perhimpunan Bersih terutamanya menerusi beberapa jenis risalah yang dicetak dalam pelbagai bahasa.

Selain itu katanya, beberapa helai baju-T berwarna merah yang dirampas juga ada mempunyai cetakan gambar pemimpin fahaman komunis iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah selain beberapa helai baju lain yang tertera tulisan serangan neo-liberal rakyat terus sengsara dan anti-capitalism.

Jelas Abd. Rahim, polis turut merampas 15 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Tamil, 10 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Melayu, 15 bendera logo Parti Sosialis Malaysia (PSM), 600 helai risalah tertera Perhimpunan Bersih 2.0 dalam bahasa Melayu dan 1,500 helai risalah PSM dalam bahasa Melayu.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Jenayah, Tempatan, Warning

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply