Nafi terima komisen

March 26, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


MARUDI: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan beliau memperoleh ‘komisen’ daripada syarikat perladangan kelapa sawit kerana membenarkan mereka memajukan tanah hak adat Bumiputera (NCR).

Pengerusi Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, tuduhan dilemparkan pihak pembangkang itu bertujuan memburukkan nama baiknya sekali gus untuk memancing sokongan menjelang pilihan raya negeri ke-10, 16 April depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkata, beliau tidak mempunyai niat untuk menipu rakyat termasuk merampas tanah NCR seperti didakwa pembangkang.

“Niat saya murni iaitu ingin memajukan rakyat Sarawak dengan peluang ekonomi lebih baik seperti pembangunan tanah NCR menerusi tanaman kelapa sawit.
“Semua ini untuk kebaikan rakyat Sarawak, tetapi parti pembangkang masih menuduh kerajaan negeri merampas NCR,” katanya pada majlis pelancaran Projek Pembangunan Tanah NCR Lubok Nibong, Sebatang, Dabai dan Pasar Putih, dekat sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr James Jemut Masing dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Sylvester Entri Muran.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada desakan pembangkang dan akan terus memajukan tanah NCR untuk faedah rakyat.
“Misalnya, pembukaan 32,000 hektar tanah NCR di kawasan Baram, yang dijangka mampu meningkatkan status ekonomi penduduk di kawasan berkenaan, khususnya Marudi.

“Banyak kawasan baru akan ditanam dengan kelapa sawit di Baram dan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri akan mempelawa beberapa syarikat yang berminat memajukan tanah itu untuk faedah pemiliknya.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Politik, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply