Naik taraf pusat pemindahan

January 8, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


SETIU: Kerajaan negeri akan menaik taraf beberapa pusat pemindahan banjir di daerah ini bagi memastikan penduduk yang terbabit dengan bencana alam itu menikmati kemudahan penempatan yang lebih baik dan selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Abd Halim Jusoh, berkata banjir yang melanda daerah ini setiap tahun memerlukan kemudahan pusat pemindahan lebih baik dan kerajaan negeri akan berusaha menaik taraf surau serta balai raya sebagai pusat pemindahan dan penempatan sementara pada masa akan datang.
Katanya, banyak pusat penempatan dan pemindahan banjir di DUN Permaisuri turut ditenggelami banjir hingga mendatangkan masalah kepada mangsa banjir yang diarah berpindah ke tempat lebih selamat dan selesa.

“Bagi mengatasi masalah itu, beberapa surau dan balai raya sering ditenggelami banjir yang dijadikan pusat pemindahan banjir di DUN ini akan diubah suai dari segi ketinggiannya bagi memastikan penduduk terbabit banjir dapat menggunakan kemudahan itu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Kampung Nyatoh, di sini, semalam.

Beliau berkata, banjir yang berlaku mendadak tahun ini menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke surau serta balai raya dan berharap penduduk terbabit segera berpindah dan tidak menunggu rumah ditenggelami banjir kerana boleh menyukarkan pihak berkuasa memindahkan mereka selain menyalurkan bantuan.

Tinjauan Harian Metro mendapati, lebih 20 keluarga di Kampung Nyatoh dan Kampung Permaisuri berpindah akibat banjir yang semakin teruk sejak kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Setiu ketika dihubungi semalam berkata, keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini seramai 512 orang.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply