Nakhaie saman Asri RM1.5 juta

February 23, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~




KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mengemukakan saman fitnah sebanyak RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan tujuh defendan lain termasuk akhbar Sinar Harian atas dakwaan menuduh dirinya terlibat dalam rasuah dan penyelewengan semasa menerajui yayasan itu.

Nakhaie, 67, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 11.22 pagi semalam menerusi firma guaman Tetuan Ibrahim & Fuaadah.

Selain Mohd. Asri, 39, sebagai defendan pertama, Nakhaie juga meletakkan syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. dan Akhbar Cabaran Sdn. Bhd. yang menerbitkan Sinar Harian, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Ketua Kumpulan Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan tiga yang lain iaitu Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir (ketiga-tiga editor) dan wartawan Siti Azila Alias turut dinamakan sebagai defendan keempat hingga kelapan.


Nakhaie memfailkan saman fitnah terhadap Mohd. Asri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


Nakhaie yang ditemui media berkata, kenyataan yang dikeluarkan Mohd. Asri di dalam media sebelum ini menyentuh tentang kewibawaan dan peribadi sehingga menjadi perbualan masyarakat bahawa dirinya mengamalkan rasuah.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply